Connect with us

Arsenal

Persiapan Filipina dalam menyediakan stadium bagi Sukan SEA 2019

Persiapan Filipina dalam menyediakan stadium bagi Sukan SEA 2019

Published

on

Tuan rumah, Filipina bagaikan tidak bersedia untuk temasya dwi tahunan kali ini apabila keadaan stadium perlawanan, Rizal Memorial Stadium masih menjalani kerja-kerja penyediaan.

Bayangkanlah dimana ketika sepak mula bakal dimulakan, stadium ataupun gelanggang yang menjadi tempat aksi perlawanan bolasepak masih tidak bersedia kepada acara sukan tersebut.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang wartawan agensi Channel News Asia, Matthew Mohan, yang mana beliau merakamkan pekerja-pekerja sedang bertungkus lumus membuat sentuhan terakhir bagi mempersiapkan venue kejohanan Sukan SEA 2019 itu.

Malah faktor keselamatan pekerja-pekerja tersebut juga diabaikan ketika melakukan kerja-kerja akhir dan persiapan stadium tersebut.

Advertisement

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh wartawan tersebut lapan jam sebelum sepak mula perlawanan bolasepak Sukan SEA 2019.

Kerja-kerja akhir diluar stadium.
Faktor keselamatan diabaik sepenuhnya oleh pekerja-pekerja yang melakukan kerja-kerja akhir.
Pekerja-pekerja kepenatan dalam menyiapkan kerja-kerja akhir dalam waktu singkat.
Melihatkan keadaan, ianya bagaikan masih mempunyai dua minggu untuk disiapkan.
Kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh tujuh jam sebelum perlawanan bermula bagi bahagian dalam stadium.
Banyak yang perlu disiapkan bagi keadaan dalam stadium untuk kegunaan pemain, petugas dan media.
Bilik persalinan yang sudah tentu menjadi kenangan kepada peserta-peserta kali ini.
Pekerja masih bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja dalam stadium.
Keadaan padang yang akan digunakan pada temasya kali ini.

Bersedia atau tidak…?

Sudah tentu Filipina selaku tuan rumah Sukan SEA bagi edisi ke-30 dilihat belum bersedia sepenuhnya.

Bukan sahaja isu venue yang menjadi masalah, malah dikatakan sistem permarkahan juga menjadi isu selain isu-isu berkaitan logistik.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply