Ramsey bawa Wales ke Euro 2020.

Ryan Giggs puji Wales yang layak ke Euro 2020 dengan menyifatkan ianya adalah salah satu yang terbaik dalam hidupnya selepas dua jaringan Aaron Ramsey membantu mereka menewaskan Hungary 2-0 di Cardiff.

Pemain tengah Juventus itu pertama kali memulakan saingan dalam kempen kelayakan kerana kecederaan namun membuktikan betapa dia amat diperlukan Wales apabila meledak gol pada kedua-dua babak.

Aaron Ramsey jaringkan dua gol untuk Wales menewaskan Hungary 2-0 .

Kemenangan bermakna Giggs, yang tidak pernah berpeluang mewakili negaranya dalam kejohanan utama antarabangsa sepanjang kariernya, boleh memimpin skuadnya ke kejohanan Eropah musim panas nanti.

Giggs sifatkan kejayaan Wales layak ke Euro 2020 antara yang terbaik pernah dalam hidupnya. Kredit foto: Daily Echo.

“Ia yang terbaik,” kata Giggs, pengurus Wales yang memiliki 25 trofi utama bersama Manchester United.

“Ia satu daripada hari terbaik dalam hidup saya.”

Wales mara ke separuh akhir Kejohanan Eropah pada 2016 dan untuk menyamai pencapaian itu tahun depan pastinya ujian besar namun mereka dilihat mampu melakukannya apabila Ramsey digandingkan dengan Gareth Bale.

Dua bintang utama Giggs itu digabungkan secara bijak untuk gol pembukaan selepas 15 minit apabila Ramsey menanduk hantaran lintang sempurna Bale dari kanan.

“Saya banyak terlepas kempen tetapi ia berbaloi dapat menjaringkan beberapa gol malam ini,” kata Ramsey kepada Sky Sports.

“Kami merasainya di Perancis (Euro 2016). Kami memberi inspirasi buat negara ketika kami beraksi di sana jadi kami mahu melakukannya sekali lagi.”

Keputusan lain-lain perlawanan bagi kelayakan Euro 2020.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment