Liga Perdana Inggeris
Rodgers gembira di Leicester
Published
4 years agoon
Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers disebut-sebut sebagai calon sesuai mengganti Unai Emery di Arsenal namun hampir menjadi pengganti Mauricio Pochettino di Tottenham.
Brendan Rodgers berkata dia tidak pernah memikirkan untuk meninggalkan Leicester selepas laporan menyatakan Tottenham menyatakan minat sebelum menggantikan pengurus yang dipecat Mauricio Pochettino dengan Jose Mourinho.
Spurs mengumumkan bahawa Mourinho sebagai ketua jurulatih baharu hanya sejam selepas mengetepikan Pochettino.
Rodgers ke Leicester daripada juara Scotland, Celtic pada Februari dan mendatangkan impak besar di Stadium King Power, membawa Foxes ke kedudukan kedua Liga Perdana.
Apabila ditanya mengenai kaitan dengan mana-mana kelab lain ketika sidang akhbar semalam, pengendali dari Ireland Utara itu berkata dia gembira dan sentiasa komited dengan Leicester.
“Tiada apa yang perlu diperkatakan. Permainan ini penuh gossip dan spekulasi,” kata Rodgers dengan skuadnya akan meneruskan saingan Liga Perdana di Brighton esok.
“Hanya satu yang saya akan kata, saya gembira di Leicester, saya baharu menyertai kelab ini pada Februari.
“Semuanya baik sejak saya di sini. Kami ada perancangan yang kami mahu bangunkan untuk beberapa tahun akan datang.”
You must be logged in to post a comment Login