Rombakan skuad Arsenal mengikut hasil kajian.

Menjelang jendela perpindahan kedua yang akan dibuka kira-kira enam minggu sahaja lagi, desakan untuk melihat sesuatu dilakukan bagi mengukuhkan skuad The Gunners semakin meningkat.

Dengan kedudukan di tangga keenam liga ketika ini serta jumlah bolos yang mengatasi jumlah jaringan dibuat, penyokong dan peminat Arsenal mula hilang sabar.

Walaupun prestasi Arsenal itu boleh dikatakan masih ‘cemerlang’ apabila sekadar mencatatkan tiga kekalahan dalam 12 perlawanan, namun kelemahan ketara barisan pertahanan membuatkan prestasi keseluruhan pasukan dilihat amat mengecewakan.

Selain itu, arahan taknikal dan tektikal pasukan di bawah kendalian Unai Emery juga sesuatu yang turut dipersoalkan peminat dan penyokong.

Ini menyebabkan selain beberapa perubahan pada barisan pemain, peminat dan penyokong turut mahukan pengendali tersebut di’buang’ secepat mungkin.

Dalam pada itu, media UK – Football London telah melakukan kajian (soal selidik) mengenai pemain-pemain yang harus di ‘buang’ dan pemain mana yang harus di bawa masuk pada Januari ini.

Hasil daripada soal selidik itu, mereka mendapati Gabriel Martinelli dan Kieran Tierney merupakan pemain yang wajib dikekalkan (100%), manakala Matteo Guendouzi, Nicolas Pepe dan Pierre-Emerick Aubameyang melengkapkan senarai lima pemain terbaik yang harus dikekal di Emirates.

Keputusan soal selidik itu juga menunjukkan satu kejutan di mana Alexandre Lacazette berada dibawah senarai tersebut (pemain yang harus dikekalkan).

Top 5 pemain yang harus dikekalkan pilihan penyokong Arsenal.

Kemudian diikuti oleh empat pemain di bawah Lacazette (dari segi peratusan) itu ialah Maitland-Niles, Mesut Ozil, Konstantinos Mavropanos (yang boleh menjadi pinjaman keluar) dan Sead Kolasinac.

Dan bagi senarai pemain yang harus dijual pada Januari ini, ianya amat mengejutkan apabila nama pemain yang di baru dibawa masuk musim ini bagi menguatkan pertahanan pasukan turut berada pada senarai teratas.

David Luiz, pemain pertahanan kebangsaan Brazil tiba di Stadium Emirates dengan harapan ianya mampu mengukuhkan lagi barisan pertahanan, namun sebaliknya yang terjadi .

Kehadiran beliau bersama Arsenal ‘dimusnahkan’ dengan kesilapan berprofil tinggi ketika menentang Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Namun beliau bukanlah pemain utama yang mahu dijual (mengikut soal selidik), Sokratis Papastathopoulos menjadi pemain yang berada di senarai teratas dalam pilihan penyokong untuk dilepaskan.

Malah peratusan dua pemain tersebut ( Luiz dan Sokratis ) jauh meninggalkan Xhaka dan Mustafi.

Lebih mengejutkan, pemain pinjaman yang dibawa masuk dari Real Madrid, Dani Ceballos turut berada lebih tinggi daripada Xhaka dan Mustafi.

Walaupun pemain tersebut berstatus pinjaman, namun kehadiran beliau tidak banyak memberi kesan kepada pasukan dan ini menyebabkan penyokong mahukan pemain itu ‘dijual’ – dihantar pulang pada Januari ini.

Top 6 pemain yang harus di jual.

Daripada senarai diatas itu, penyokong juga mahukan Arsenal membawa masuk seorang pemain pertahanan baharu iaitu Dayot Upamecano.

Dayot Upamecano, 21 tahun, pertahanan RB Leipzig yang menjadi pemain pilihan penyokong Arsenal untuk dibawa masuk bagi menguatkan barisan pertahanan.
About Barchunk 32 Articles
Just see Arsenal playing a beautiful game called Football. Suka minum kopi tanpa gula sambil membaca komik One Piece. Boom!!!

Be the first to comment