Connect with us

Arsenal

“Saya rindu Arsenal” luahan penyesalan Cazorla.

Published

on

Santi Cazorla menyesal tidak pernah mengucapkan ‘selamat tinggal’ namun menegaskan mahu bermain di Stadium Emirates buat kali terakhir.

Pemain tengah yang cukup dikenali oleh peminat dan penyokong Arsenal kerana kemahiran dan kebolehan luar biasanya telah meninggalkan kelab setelah kontrak beliau tidak disambung pada penghujung musim 2017/18.

Santi Cazorla sembuh dan pulih sepenuhnya saat beliau meninggalkan Arsenal namun terpaksa mencari kecergasaan serta ‘perasaan’ bermain kembali dalam mengembalikan kehebatannya yang pernah dipamerkan sebelum itu.

Pemergian beliau itu meninggalkan kesan ketara kepada pasukan dan beliau mengakui menyesal tidak berkesempatan untuk mengucapkan ‘selamat tinggal dalam cara baik‘ kepada kelab yang rinduinya.

Advertisement
Cazorla tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dengan cara ‘baik’ – beraksi untuk perlawanan terakhirnya bersama The Gunners.

Ketika ini, beliau sedang menikmati ‘kebangkitan’ di Villarreal pada usia 34 tahun selepas mengatasi waktu sukar dengan menjalani lapan kali pembedahan ekoran kecederaan achilles yang dihadapinya ketika bersama Arsenal.

Walaupun menikmati permainan dan prestasi yang menakjubkan di Sepanyol bersama Villarreal, tetapi beliau mempunyai kenangan manis di London yang sukar untuk dilupakan.

Apabila anda berada di kelab besar seperti Arsenal, kadangkala anda tidak menyedari apa ertinya berada di sana sehingga anda hilang [tidak lagi berada disana],” katanya kepada Independent.

Saya tidak pernah mengucapkan selamat tinggal secara betul. Ia adalah pasukan terbesar yang saya pernah saya wakili dalam karier saya dan saya merindui segala-galanya mengenai Arsenal.”

Pun begitu Cazorla tidak pernah berhenti berharap untuk bermain di Stadium Emirates buat kali terakhir selepas menamatkan kariernya selama enam tahun di London, yang berakhir tahun lepas.

Saya tidak tahu apa legasi saya di sana, anda perlu bertanyakan kepada peminat, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka semua.

Advertisement

Saya ingin bermain di Emirates buat kali terakhir sebelum saya bersara.

Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan selepas itu, mungkin menjadi jurulatih, mungkin pengarah sukan, tetapi saya ingin kembali ke Arsenal.

Saya tinggal di London selama enam tahun. Anak saya suka tinggal di sana.

Pada masa akan datang, kita akan lihat jika saya mempunyai kemungkinan [peluang]”.

Advertisement

Cazorla membuat 180 penampilan untuk The Gunners selepas menyertai kelab London ini dari Malaga pada 2012 dan memenangi dua Piala FA serta dua Piala Perisai Komuniti sepanjang tempoh tersebut.

Just see Arsenal playing a beautiful game called Football. Suka minum kopi tanpa gula sambil membaca komik One Piece. Boom!!!