Sebuah universiti terpaksa membatalkan program bersama Unai Emery

Sebuah universiti terpaksa membatalkan program pengurusan ‘masterclass’ bersama Unai Emery baru-baru ini.

University Campus of Football Business

Emery dijadualkan untuk bercakap dengan para pelajar di Kampus University Perniagaan Bolasepak (UCFB) di Wembley pada hari Jumaat ini.

Namun para pelajar ini telah dimaklumkan program tersebut tidak akan diteruskan. Pihak universiti menekankan banyak perkara negatif yang ditujukan kepada Emery selepas kali pertama program ini dihebah kepada umum.

Karier Emery di Arsenal semakin terancam dan dicemuh para penyokong kelab selepas pasukannya sangat bergelut pada musim ini. Para pemain Arsenal telah dicemuh selepas seri 2-2 menentang Southampton di tempat sendiri pada Sabtu lepas.

Terdapat satu pesanan yang telah dibocorkan di media sosial, di mana para pelajar telah diberitahu: ‘Dengan penuh dukacita kami tidak dapat menjemput Unai Emery kepada para pelajar UCFB pada hari Jumaat ini.

‘Kami telah mengenalpasti terdapat beberapa komen negatif yang ditujukan kepada Encik Emery setelah pengumuman tetamu jemputan itu dibuat.

‘Kami mahu mengambil peluang ini untuk mengingatkan semua pelajar bahawa setiap pelan digital yang kamu cipta, akan memberikan kesan sepanjang karier kamu di dalam industri sukan dan bolasepak.

‘Sentiasa beringat mengenai perkara ini apabila berinteraksi dengan tetamu UCFB, rakan kongsi, dan ahli profesional industri yang lain.

Be the first to comment