Siapa pengganti Emery?

Unai Emery terpaksa berdepan dengan warisan toksik dan pemain tidak berguna Arsenal.
Dengan liga bakal mengharungi pusingan kedua, Arsenal dilaporkan akan menyingkirkan Ketua Jurulatih pasukan utama.

Persoalan kini siapakah yang bakal menggantikan Unai Emery?

Kerusi panas di Emirates terus menjadi tanda tanya sekiranya Emery disingkirkan dalam minggu ini.

Calon-calon yang digembar-gemburkan sebelum ini bukanlah senang untuk ditandatangani.

Mikel Arteta, Mauricio Pochettino, Massimiliano Allegri, Freddie Ljungberg dan Brendan Rodgers serta calon kegemaran, Nuno Espirito Santo tidak semuanya mudah buat Arsenal mengambil mereka.

Daripada senarai calon diatas, hanya Mauricio Pochettino dan Massimiliano Allegri sahaja dilihat antara calon paling cepat dan mudah buat Arsenal menandatangani mereka.

Ini kerana kedua-dua mereka tidak terikat dengan mana-mana kontrak mahupun kelab.

Manakala Nuno Espirito Santo, walaupun menjadi calon kegemaran, namun masih terikat bersama Wolves dan hanya mampu dibawa pada musim depan, sekiranya terjadi.

Situasi yang sama melanda dengan Brendan Rodgers, pengendali yang baru menyertai Leicester City pada Februari 2019.

Dengan kedudukan The Foxes ketika ini menghuni tangga kedua liga, adalah mustahil buat mereka melepaskan Rodgers.

Begitu juga dengan Arteta, beliau masih mempunyai kontrak bersama City, namun jika rundingan berjaya dilaksanakan diantara kedua-dua pihak, Arsenal mungkin dapat menggunakan khidmat bekas pemain dan kapten The Gunners ini dengan segera.

Pun begitu, ianya sedikit sukar dan mungkin Arsenal mampu membawanya juga musim depan kerana Guardiola walaupun mengizinkan Arteta menjadi pengurus Arsenal, namun beliau berharap pembantunya itu menghabiskan musim ini bersama City.

Dan sekiranya Arsenal berjaya mendapatkan Nuno Espirito Santo dan hanya mampu menggunakan khidmat musim depan, sudah tentu The Gunners memerlukan pengendali sementara.

Ketika ini, Freddie Ljungberg merupakan calon terbaik untuk menggalaskan peranan tersebut.

Namun timbul pula masalah dimana Ljungberg hanya boleh menjadi pengendali sementara untuk tempoh 12 minggu sahaja dan tidak boleh melebihi tempoh itu.

Level 5, UEFA Pro Licence.

A mandatory qualification for managing in the FA Premier League and UEFA competitions.

THE FA

Bekas pemain sayap Arsenal yang kini menjawat sebagai pembantu kepada Emery hanya memegang lesen UEFA ‘A’, yang hanya membolehkan beliau bertanggungjawab di Emirates selama tiga bulan mengikut undang-undang UEFA.

Biodata Ljungberg.

Ljungberg terpaksa mendapatkan Lesen UEFA Pro terlebih dahulu sekiranya beliau berhajat atapun bercita-cita untuk menjadi ketua jurulatih Arsenal secara kekal.

The FA Level 5 (UEFA Pro) in Coaching Football is the highest professional game coaching course we offer and is designed to develop highly-skilled and aspiring leaders, managers and coaches capable of creating sustained success in football.

This course has been specifically designed for anyone aspiring to work at the very top of the game in leadership and management positions within the Premier League, Football League, FA Women’s Super League and the international game

THE FA

Dengan hanya memiliki lesen UEFA ‘A’ yang mana ianya adalah satu tahap di bawah Lesen UEFA Pro, Ljungberg hanya boleh menjadi Ketua Jurulatih pasukan belia sehingga umur 18 tahun, pasukan simpanan (juga dikenali sebagai pasukan ‘B’) untuk kelab-kelab yang bersaing diperingkat tertinggi liga, dan kelab boleh menjadi pengendali kepada pasuakan yang bersaing di peringkat kedua tertinggi sesebuah liga.

Foto kumpulan dari Forum Jurulatih UEFA Elite 2016. Kredit Foto : UEFA

Dan alasan diatas, sukar buat kita untuk menyaksikan Ljungberg menjadi pengendali tetap Arsenal serta beliau hanya mampu mengendalikan hanya untuk tempoh sementara selama tiga bulan.

Hanya Massimiliano Allegri dilihat yang paling ‘mudah’ namun faktor bahasa juga memainkan peranan.

Mengenai Mauricio Pochettino pula, adalah sukar untuk menyaksikan pengendali yang dipecat akan menggantikan Emery yang juga dipecat, walaupun bekas pengendali Spurs itu memahami Liga Perdana Inggeris secukupnya.

Pun begitu, ketika di Spurs, beliau mengalami masalah dalam pembentukan skuadnya kerana peranan beliau adalah Ketua Jurulatih dan bukannya Pengurus pasukan.

Dan sudah tentu beliau tidak mahu mengalami situasi yang sama.

Jadi, siapakah yang sesuai dan menjadi pilihan kepimpinan Arsenal?

Penulis secara peribadi memilih Arteta. Anda bagaimana?

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Pencarian pengendali baharu Arsenal dipertingkatkan.