Tiada kelibat Safawi untuk skuad Sukan SEA.

Safawi Rasid terlalu penat.
Aksi cemerlang Muhammad Safawi Rasid ketika membantu Malaysia membenam Indonesia 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, tidak akan digunakan Datuk Ong Kim Swee untuk saingan Sukan SEA kali ini.

Sukan Asia Tenggara ke-30 atau Sukan SEA 2019 dan secara umumnya sebagai Filipina 2019 merupakan temasya Sukan berperingkat rantau Asia Tenggara yang akan diadakan di Flipina pada 30 November sehingga 11 December 2019.

Logo Sukan SEA 2019 Filipina.

Bagi sukan bolasepak, skuad B-22 kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste bagi acara bolasepak lelaki yang akan dilangsungkan pada 26 November hingga 9 Disember 2019.

Sementara Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Thailand bersama-sama Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Kredit info grafik : FAM

Malaysia pada edisi sebelum ini di Kuala Lumpur 2017 meraih pingat perak selepas tewas 1-0 kepada Thailand pada aksi final di Stadium Shah Alam.

Sukan SEA 2019 di Manila ini merupakan edisi kelima berturut (2011, 2013, 2015, 2017 & 2019) Datuk Ong Kim Swee (OKS) bertindak sebagai pengendali negara bermula dari edisi 2011 yang menyaksikan Malaysia berjaya meraih pingat emas di Jakarta.

Dalam perkembangan terkini, OKS dilaporkan membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019, Muhammad Safawi Rasid untuk saingan Sukan SEA kali ini.

Keputusan itu dibuat OKS setelah mempertimbangan kepentingan pemain tersebut yang telah mengharungi tiga perlawanan penting dalam tempoh 11 hari bersama skuad senior negara.

“Satu keputusan yang amat berat dan sukar untuk saya lakukan, tetapi demi kebaikan Safawi, di mana kita tahu beliau telah bermain begitu banyak perlawanan dengan kelab dan juga pasukan kebangsaan, termasuk mewakili pasukan B-22 pada awal tahun.

“Jadi untuk kebaikan semua, saya terpaksa memutuskan supaya Safawi berehat, di mana kita mempunyai jadual yang amat penting pada tahun hadapan.

“Saya berharap semua faham dengan apa yang saya lakukan, adalah untuk kepentingan semua pihak,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan itu di Arena MPSJ, Subang Jaya (dipetik daripada Bernama).

Dalam tempoh 11 hari yang ini sahaja, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu, telah beraksi dalam tiga perlawanan bersama skuad senior negara, di mana tiga jaringan Safawi membantu Malaysia menewaskan Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan pada 9 Nov dan Indonesia 2-0 pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, semalam.

Beliau turut memainkan peranan penting dalam aksi menentang Thailand, di mana skuad Harimau Malaya menewaskan kuasa bolasepak Asia Tenggara itu 2-1 pada Khamis, lalu.

Astro Awani

Jika dilihat di atas kertas, peluang untuk skuad kendalian OKS layak ke peringkat seterusnya dilihat tidak berdepan masalah .

About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment