Tiket Malaysia menentang Indonesia habis dijual.

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 membabitkan Malaysia dan Indonesia mendapat sambutan luar biasa selepas semua tiket bagi perlawanan itu habis dijual secara dalam talian.

Perkembangan tersebut dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman rasmi Facebook milik mereka.

“Tiket perlawanan Malaysia lawan Indonesia, Selasa ini habis terjual di www.tickethotline.com.my sebentar tadi.

“Dengan ini, tiada sebarang penjualan di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan, Selasa ini,” kata badan induk itu.

Dengan pengumuman itu, difahamkan, kira kira 74,038 keping tiket bagi aksi terbabit telah habis dijual dengan 4,500 daripadanya diperuntukkan untuk penyokong skuad Garuda.

Kredit foto: FAM

About diraccolta 8 Articles
Seorang yang suka makan dan mengumpul pelbagai barangan.

Be the first to comment