Tottenham pecat Pochettino

Mauricio Pochettino dipecat setelah aksi mengecewakan musim ini.

Jodoh Mauricio Pochettino bersama Tottenham Hotspur berakhir, selepas enam bulan mengetuai kelab itu ke final Liga Juara Juara dan lima tahun menjalankan tugas, setelah dipecat kelab tersebut.

Pemecatan beliau itu difahamkan kerana prestasi pasukan tersebut yang mengecewakan di permulaan musim ini.

Pengendali dari Argentina itu dilantik oleh kelab utara London tersebut pada 2014 dan berjaya menukar Tottenham menjadi kuasa pencabar selepas tindakan kelab sebelum ini yang menukar beberapa pengurus gagal menghasilkan keputusan yang baik dalam membentuk pasukan handalan Liga Perdana.

Pochettino berjaya membawa pasukan itu mara ke final Liga Juara Juara buat pertama kali dalam sejarah mereka namun gagal untuk mengekalkan posisi beliau dan ditamatkan kontrak melalui pengumuman yang dibuat kelab.

Dia juga menampilkan perkara luar biasa pada kempen Liga Juara Juara musim lalu dengan menewaskan Ajax Amsterdam menerusi gol di tempat lawan pada aksi separuh akhir selepas ketinggalan 3-0 menerusi agregat pada separuh akhir pertama pusingan kedua, tetapi tewas 2-0 kepada Liverpool pada final di Madrid.

Dengan kelab berpindah ke stadium baharu yang indah, segala-galanya tampak penuh harapan, walaupun ada kebimbangan mengenai kekurangan aktiviti dalam pasaran perpindahan.

Bagaimanapun beberapa bulan pertama musim ini agak mengecewakan apabila pasukan itu hanya memenangi tiga daripada 12 perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris dan berada di kedudukan ke 14.

Mereka juga dibelasah 7-2 oleh Bayern Munich pada aksi Liga Juara Juara dan tersingkir daripada Piala Liga oleh pasukan divisyen keempat Colchester United.

Kredit : Sky Sports

Pembantu Pochettino, Jesus Perez dan kakitangan lain juga sedar akan tugasan mereka, kata kelab berkenaan dalam kenyataan.

“Kami sangat keberatan untuk membuat perubahan ini dan bukannya keputusan yang diambil oleh Ahli Lembaga secara sambil lewa atau tergesa-gesa.

“Malangnya keputusan domestik pada akhir musim lalu dan permulaan musim ini amat mengecewakan.” kata Pengerusi Tottenham, Daniel Levy.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment