
Jordi Alba, walaupun berusia 30 tahun, namun masih bergantung kepada bapanya untuk menumpangkan dirinya ke tempat latihan kerana dia tidak mempunyai lesen memandu.
Pendedahan tersebut di buat rakan sepasukannya, Gerard Pique dalam sebuah rancangan televisyen, Sepanyol – La Resistencia’ de Movistar.
Dalam rancangan tv itu, Pique telah mengulas mengenai pemain remaja Barcelona, Ansu Fati dan beliau telah menjelaskan satu persamaan diantara pemain remaja itu dengan Jordi Alba yang berusia 30 tahun.
Menjawab persoalan mengenai bagaimana pemain remaja berusia 17 tahun itu menghadiri latihan, Pique mengatakan bahawa Fati sama seperti Alba yang mengharapkan bantuan daripada seorang bapa untuk membawa ke tempat latihan.

Pique berkata pada La Resistencia: “Ayahnya [Fati] menghantar dia,” katanya. “Sama seperti Jordi Alba.”
Dalam perkembangan berkaitan Alba, Barcelona terpaksa melupakan khidmat pemain tersebut untuk beberapa minggu selepas dia mengalami kecederaan paha minggu lepas dalam perlawanan menentang Slavia Prague.
Alba terpaksa digantikan oleh Sergi Roberto di Nou Camp pada perlawanan tersebut dan disahkan mengalami kecederaan serius, yang memaksanya berehat panjang.
Jordi Alba has had a relapse of the left biceps femoris muscle injury. He is injured and his evolution will define his availability
Kenyataan rasmi media Barcelona.
Ia dipercayai kecederaan yang sama dialami pemain tersebut dalam saingan Liga Juara-Juara ketika menentang Borussia Dortmund pada bulan September lalu.
Dengan kecederaan dialami Alba itu, yang memaksa pemain tersebut berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu dan Junior Firpo dijangka akan mengambil alih tugas pemain itu untuk perlawanan seterus Barcelona.