Connect with us

Arsenal

“Unai Emery tidak dapat menyesuaikan diri, sebaliknya mencipta kekeliruan di dalam skuad,” Jamie Carragher

Published

on

Jamie Carragher telah mengkritik Unai Emery, mengatakan pengurus Sepanyol tersebut telah mencipta kekeliruan di Arsenal dengan sentiasa menukar pasukannya.

Arsenal kini gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka di dalam semua kejohanan, dan ini telah meningkatkan lagi tekanan buat Emery.

Dalam keputusan seri 2-2 menentang Southampton dalam perlawanan PL Sabtu lepas, Carragher telah menghentam persembahan Arsenal yang telah membenarkan pihak lawan melakukan sebanyak 21 percubaan ke arah gol.

Unai Emery

Ketika bercakap di Sky Sports, Carragher berkata: “Unai Emery tidak dapat menyesuaikan diri, dia mencipta kekeliruan. Kekeliruan kepada diri sendiri dan orang lain.”

“Perlawanan menentang Southampton merupakan hasil 18 bulan Emery di kelab. Berapa kali kita melihat mereka cuai di bahagian pertahanan dan hampir melepaskan gol?”

“Jika saya memikirkan Arsenal dan bagaimana mereka bermain, mereka menjaringkan dan melepaskan gol. Mereka bermain dari belakang dan hampir melepaskan gol.

“Dia menggunakan lebih banyak pemain berbanding orang lain. Dia lebih banyak membuat pertukaran pemain pada separuh masa atau sebelum separuh masa melebihi orang lain. Itu sesuatu yang anda boleh jangkakan dari kelab-kelab bawahan.

“Saya tidak tahu apa yang telah terjadi di sana, tetapi atas sebab itulah kekeliruan tercipta.

Advertisement

Carragher juga merasakan penyokong Arsenal mulai risau akan terlepas pengurus-pengurus yang bagus jika lembaga kelab masih menunggu untuk membuat keputusan mengenai masa depan Emery.

“Mereka berada dalam posisi sebegini ketika zaman Wenger, tetapi beliau diberikan lebih masa kerana beliau seorang legenda dan kelab sangat menyayanginya.

“Mereka melihat Tottenham dan mungkin Manchester United dalam hal penyingkiran pengurs, dan mereka (penyokong) risau akan terlepas lagi.”

Gary Neville mengatakan Emery seorang ‘jurulatih yang bijak’ tetapi mengaku perubahan perlu dilakukan anda situasi tidak berubah.

“Dia seorang jurulatih yang bijak. Gol pertama yang mereka lepaskan pada hujung minggu lalu sangat teruk. Dia sudah bekerja dengan pasukan-pasukan yang hebat dan memenangi trofi. Dia boleh dikatakan sudah berjaya,” kata Neville.

“Kesimpulan sekarang adalah mereka perlu membuat perubahan. Lembaga pengarah di Arsenal mungkin sudah berpecah. Mereka seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kalau anda tidak membuat keputusan dan membiarkan sahaja, ianya akan menjadi lebih sukar.” tambah Neville.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply