Vito Mannone Dedahkan Hubungan Beliau Bersama Wenger.

Vito Mannone Dedahkan Hubungan Beliau Bersama Wenger
Ketika pemain ini berpindah ke Arsenal, beliau berkata hubungan dengan Wenger adalah ‘bukan yang terbaik’.

Vito Mannone kini dipinjamkan ke kelab Major League Soccer, Minnesota United dari Reading, tetapi sebelum itu, beliau menghabiskan lebih dari satu dekad di England.

Kali pertama penjaga gol itu tiba di negara tersebut adalah ketika Arsenal menandatanganinya untuk skuad akademi The Gunners pada tahun 2005 dari kelab Itali, Atalanta.

Dan media Itali, Calciomercato mempunyai peluang untuk duduk menemubual bersama pemain berusia 31 tahun itu.

Mannone menjelaskan bagaimana perpindahan ke kelab Utara London menjadi kenyataan buat dirinya.

I’m waiting for Serie A. I’ll tell you my story between Henry and Minnesota – temurah Mannone bersama Calciomercato. Kredit fot : Calciomercato

Tiga bulan selepas ayah saya meninggal, mereka menawarkan saya percubaan dengan pasukan utama.” jelas Mannone dalam temubual bersama media Itali itu mengenai perpindahan beliau ke Arsenal.

Saya bagaikan tidak percaya mengenai perkara itu.

Percubaan itu berjalan lancar, mereka kemudian membuatkan saya menandatangani kontrak dan mereka juga memikirkan tentang ibu saya, yang akhirnya mengikuti dan tinggal bersama saya, ” katanya lagi.

Ketika ditanya jenis bagaiamana perwatakan Arsene Wenger, beliau berkata: “Seorang yang sangat fokus . Seorang jurulatih yang hebat, tetapi sebagai seorang lelaki terlalu dingin. Dia jarang bercakap.

Mannone mempunyai tempoh pendek secara pinjaman di Barnsley pada 2006, tetapi kemudian dia berjuang untuk mendapatkan tempatnya di bawah bimbingan Wenger.

Ketika itu, beliau terpaksa bersaing dengan Łukasz Fabiański dan Wojciech Szczęsny untuk tempat dalam kesebelasan utama The Gunners.

Penjaga gol itu kemudiannya menjalani dua tempoh pinjaman di Hull City antara 2010 dan 2012 sebelum meninggalkan Arsenal untuk menyertai Sunderland pada tahun 2013.

Tahun (musim)PasukanPenampilan
2006–2013 Arsenal15
2006 Barnsley (pinjaman) 2
2010–2011 Hull City (pinjaman) )10
2012 Hull City (pinjaman) 21
2013–2017 Sunderland67
2017 – kiniReading47
2019 – kiniMinnesota United (pinjaman)34

Dalam temubual itu juga beliau mendakwa bahawa dia tidak pernah memperolehi kepercayaan Wenger sepanjang tempoh enam tahun itu, bersama The Gunners.

Saya mahu lebih banyak peluang bermain dalam barisan permulaan, tetapi hubungan dengan Wenger bukanlah yang terbaik dan dia tidak pernah yakin terhadap saya,” jelas Mannone.

Saya terpaksa bersaing dengan Szczesny dan Fabianski, tetapi kami tidak mempunyai peluang yang sama.

Apabila saya kembali ke Emirates bersama Sunderland, Wenger meminta maaf kerana tidak mempercayai saya.”

Pada 10 Februari 2019, Mannone menyertai pasukan MLS, Minnesota secara pinjaman untuk tempoh setahun.

Dan pada 24 Oktober 2019, Mannone dinamakan Penjaga Gol Terbaik MLS.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment