Xhaka bakal ke Itali pada Januari ini?

Dua kelab berminat dalam mendapatkan pemain Arsenal, bersedia dengan ‘formula’ untuk menandatanganinya pada bulan Januari.

Pemain tengah yang juga merupakan bekas kapten pasukan Arsenal, Granit Xhaka tiba di Utara London dari Borussia Monchengladbach pada 2017 dan terdapat dakwaan mengatakan bahawa pihak Jerman mungkin menjadi salah satu destinasi yang mungkin untuk pemain berusia 27 tahun itu pada Januari ini.

Pakar perpindahan Sky Germany, Max Bielefeld menyatakan bahawa pemain antarabangsa Switzerland itu harus meninggalkan pasukan Arsenal pada jendela perpindahan musim sejuk, namun menolak kemungkinan Monchengladbach akan mengambil semula bekas pemain mereka itu.

Max Bielefeld, wartawan Sky Germany.

Kemaskini Perpindahan’ yang dikeluarkan Sky itu menggunakan maklumat yang disampaikan oleh Bielefeld dengan mendakwa bahawa dua kelab Itali, AC Milan dan Inter Milan berminat terhadap Xhaka.

Mereka turut menjelaskan bahawa kedua-dua kelab Itali itu telah mempunyai rancangan bagaimana untuk membawa Xhaka menyertai kelab tersebut melalui perjanjian pinjaman dan ditambah klausa pilihan pembelian pada musim panas akan datang.

Xhaka tidak bermain untuk Arsenal sejak seri 2-2 menentang Crystal Palace pada bulan Oktober, dimana insiden ‘makian’ tercetus menyebabkan beliau dilucutkan peranan kapten pasukan.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment