10 pembelian termahal yang pernah Arsenal lakukan.

10
Jendela perpindahan kedua musim ini akan dibuka pada Januari dan ianya juga dikenali jendela perpindahan musim sejuk.

Arsenal setakat ini, pada jendela perpindahan musim panas telah membelanjakan sekitar £137 juta untuk memperkuatkan pasukan musim ini dengan lima kemasukan pemain baharu.

Dan adakah Arsenal akan melakukan pembelian lagi pada jendela kedua nanti?

Berikut kami bawakan anda untuk melihat senarai 10 pembelian termahal Arsenal setakat ini.

No.10 : Bernd Leno – £ 22 juta

Bernd Leno menjadi penjaga gol paling mahal dalam sejarah Arsenal apabila The Gunners membawa masuk pemain antarabangsa Jerman dari Bayer Leverkusen pada musim panas tahun 2018.

Selepas permulaan perlahan untuk kariernya di Emirates, Leno berjaya mengatasi Petr Cech untuk pilihan No.1 pengendali Arsenal ketika itu,Unai Emery.

Dan kini beliau semakin mantap sebagai penjaga utama The Gunners selepas persaraan Cech.

No. 9 : Lucas Torreira – £ 26 juta.

Musim 2017-18 pemain ini masih terikat bersama Sampdoria dan prestasinya membuatkan menjadi buruan beberapa kelab ternama Eropah, lebih-lebih lagi beliau begitu cemerlang pada Kejohanan Piala Dunia 2018, Rusia.

Walau bagaimanapun, Arsenal berjaya mengatasi Napoli yang turut berminat untuk mendapatkan Torreira.

Dan pemain antarabangsa Uruguay itu cepat menyesuaikan diri di Emirates serta aksi beliau juga berjaya memikat penyokong pada musim pertama bersama The Gunners.

No. 8 : William Saliba – £ 27 juta

Pembelian William Saliba adalah satu kejayaan yang cukup manis untuk Arsenal.

Selain berjaya mengatasi seteru utama London, Tottenham, pemain yang dipinjamkan kembali ke kelab asalnya, Saint-Etienne untuk kempen 2018/19, Saliba dianggap sebagai pemain pertahanan yang mempunyai masa depan yang cerah.

Dan beliau dianggap mampu menyelesaikan masalah pertahanan Arsenal musim depan.

No. 7 : Alexis Sanchez – £ 32 juta

Arsene Wenger terpaksa memecah tabung simpanan untuk mendapatkan pemain Barcelona ini pada tahun 2014, menghabiskan £ 31.7 juta untuk pemain kebangsaan Chile ini.

Terkenal dengan kerja kuat (walaupun ada yang mengatakan ianya sekadar lakonan) namun sepanjang tempoh berada di Emirates, Sanchez telah menjaringkan 80 gol dalam 166 perlawanan sebelum berpindah ke Manchester United.

Penghijarahan beliau ke Old Trafford turut menyaksikan Arsenal menerima Henrikh Mkhitaryan sebagai pertukaran pemain.

Jika Mkhitaryan menikmati musim pertama bersama Arsenal dengan menarik, beliau (Sanchez) bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik.

Dan kini kedua-dua pemain itu gagal bersama kelab induk dengan dipinjamkan ke kelab Itali.

No. 6 Granit Xhaka – £ 34 juta

Dengan The Gunners bergelut selama beberapa tahun untuk menggantikan ataupun mendapatkan pemain tengah box-to-box yang berkaliber, Wenger tidak teragak-agak mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan pemain antarabangsa Switzerland dari Borussia Mönchengladbach ini.

Pun begitu, dengan belanja besar dikeluarkan bagi mendapakat Xhaka, masih terdapat keraguan mengenai potensi sebenar beliau terutamanya mengenai disiplin diatas padang.

Namun dibawah Emery, beliau menunjukkan peningkatan (bertambah baik) pada musim 2018/19.

No. 5 : Shkodran Mustafi – £ 35 juta

Setelah berjaya (boleh dikatakan begitu) menyelesaikan masalah midfield dengan menandatangani Granit Xhaka pada tahun 2016, The Gunners juga berusaha untuk memperkukuhkan unit pertahanan dengan membawa juara Piala Dunia dari Valencia.

Mustafi, sebelum itu pernah menghabiskan masa remajanya di Everton, berjaya menyesuaikan diri dengan segera di Emirates.

Namun kesilapan sering dilakukan beliau menyebabkan dirinya disisihkan dari skuad utama untuk musim kedua di Emirates.

No. 4: Mesut Ozil – £ 43 juta

Satu pembelian yang amat mengejutkan dan mengujakan peminat apabila diumumkan bahawa Arsenal telah menandatangani pemain Real Madrid pada musim panas 2013.

Pembelian Ozil memecahkan rekod perpindahan kelab pada ketika itu dengan Wenger sanggup mengeluarkan belanja besar yang jarang dilakukan bagi mendapatkan pemain playmaker yang enigmatic ini.

Ozil telah memenangi tiga Piala FA pada zaman kegemilangannya di Utara London namun bergelut pada musim terakhir Wenger bersama mereka dan disambung pada era Unai Emery.

Gaji besar yang diterimanya sering kali menjadi bahan untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati bukan sahaja daripada peminat, malahan pemerhati bolasepak.

No. 3 : Alexandre Lacazette – £ 47 juta

Penyerang Perancis ini menjadi rekod pembelian termahal Arsenal pada musim panas 2017 selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama The Gunners.

Lacazette telah membuktikan kehadirannya dengan nilai termahal itu adalah satu pilihan tepat.

Beliau dipilih sebagai pemain tahunan pilihan peminat dan penyokong Arsenal pada tahun 2019 selepas menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan bagi musim 2018-19.

No. 2 : Pierre-Emerick Aubameyang – £ 56 juta

Pemain antarabangsa Gabon ini menjadi pemain paling mahal Arsenal selepas berpindah dari Borussia Dortmund pada Januari 2018.

Aubameyang dengan cepat menjadi pemain kegemaran ramai dan dianggap mempunyai kelebihan yang sama dengan Thierry Henry.

Beliau mencipta gandingan yang mantap bersama Lacazette.

NO.1 : Nicolas Pepe – £ 72 juta

Arsenal memecah rekod perpindahan termahal kelab apabila berjaya mengalahkan Napoli untuk menandatangani pemain antarabangsa Ivory Coast yang berusia 24 tahun itu.

Dianggap sebagai scammer dan Arsenal adalah mangsa scam, jumlah perbelanjaan tinggi itu dilihat tidak setimpal dengan aksi dan sumbangan yang diberik Pepe ketika ini.

Lebih-lebih lagi, beliau hadir dengan rekod jaringan sebanyak 23 gol dan menciptakan 12 bantuan gol dalam 41 penampilannya dalam semua pertandingan untuk Lille pada 2018/19.

Namun beliau kini, mungkin mampu berubah untuk membuktikan kehebatan sebenar dirinya dibawah Freddie Ljungberg.

PENUTUP

Untuk senarai 10 pembelian termahal Arsenal ini, jumlah yang dibelanjakan adalah sebanyak (lebih kurang) £374 juta.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment