Connect with us

Arsenal

5 Perkara penting buat Ljungberg.

Published

on

Lima perkara utama untuk Freddie Ljungberg perlu berikan perhatian dan fokus dalam menyelesaikan masalah Arsenal ketika ini.

Walaupun selaku pengendali sementara, namun kelima-lima perkara ini harus segera diselesaika Ljungberg bagi membentuk kembali Arsenal menjadi sebuah pasukan mantap.

Berikut lima perkara yang kami rasakan adalah perlu untuk diselesaikan segera oleh Ljungberg :

Advertisement

1. Mengembalikan Mood dan Semangat

Kegembiraan dan kebagian telah lama hilang bukan sahaja di kalangan penyokong malah boleh dikatakan juga tidak lagi ada pada pemain Arsenal sendiri.

Selain menghadirkan keceriaan kepada penyokong, Ljungberg juga perlu mengembalikan suasana positif ketika pasukan menjalani latihan.

Menjadikan tempat latihan sesuatu yang lebih menyeronokkan menjadi objektif utama Ljungberg dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi ketika ini.

Pemain gembira dan bermain dengan baik, pasti menghadirkan keputusan positif dipadang yang seterusya menyelesaikan kemurungan penyokong.

Advertisement

2. Memperbaiki Bahagian Tengah

Unai Emery secara konsisten menyatakan Arsenal kekurangan keseimbangan, pun begitu beliau masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Begitu banyak masalah pada pertahanan Arsenal yang berpunca daripada bahagian tengah yang lemah dan gagal menyokong pertahanan.

Jika Emery gagal menyelesaikan masalah ini, sudah pasti Ljungberg perlu menyelesaikan segera memandangkan beliau juga menyatakan perkara yang sama.

Anda boleh membacanya disini : Ljungberg kenal pasti masalah Arsenal.

Advertisement

3. Cari Pepe Yang Sebenar

Nicolas Pepe, pemain termahal yang ditandatangani Arsenal dengan memecahkan rekod pembelian kelab, jelas kehadiran beliau begitu mengujakan.

Namun setakat ini pemain itu masih gagal memberikan sumbangan yang diharapkan malah dilihat kurang berkeyakinan dalam beraksi untuk setakat ini.

Sudah pasti jika beliau menemui prestasi terbaiknya, bentuk serangan Arsenal juga akan berubah dan menjadi lebih berbisa.

4. Konsistensi Pertahanan

Advertisement

Tiga atau empat?

Barisan pertahanan Arsenal yang tidak konsisten dengan formasi selain gandingan pemain juga perlu diberikan perhatian.

Walaupun masalah ini (pertahanan) dilihat kritikal, namun perkara-perkara diatas masih (perlu) menjadi keutaaman Ljungberg sebelum menyelesaikan perkara ini.

Pada era Emery berkuasa, beliau juga masih gagal membuat keputusan mengenai barisan pertahanan sama ada mahu menggandingan ataupun menggunakan empat ataupun tiga pemain pada formasi pertahanan.

Barisan pertahanan Arsenal pasti akan mendapat manfaat sekiranya gandingan dan formasi ini dimainkan dengan konsistensi dari segi individu mahupun bergandingan (bentuk pertahanan).

Advertisement

5. Buat Keputusan Mengenai Ozil

Adakah Ljungberg berani untuk membina pasukannya dengan menggunakan kelebihan Ozil ataupun pemain itu sememangnya tidak dapat dipercayai lagi kebolehannya?

Ia adalah satu perjudian yang mana Emery tidak mahu mengambil risiko dengan membina pasukan berasaskan Ozil.

Bagaimanapun, Ozil tetap menjadi game-changer.

Advertisement