5 perkara yang Arteta pelajari dari pertemuan menentang Everton.

5 Perkara yang perlu dibaiki Arteta
ARSENAL mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Everton malam tadi.

Perlawanan tersebut merupakan tugas terakhir Freddie Ljungberg yang menggalas peranan sebagai pengendali sementara sebelum menyerahkan kepada Mikel Arteta.

Arteta secara rasminya telah diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu Arsenal dan akan memulakan tugasan beliau hari ini (Ahad).

Jelas sekali begitu banyak perkara yang perlu dilakukan Arteta dalam mengembalikan kehebatan dan identiti pasukan.

Beliau yang menonton perlawanan malam tadi dari tempat duduk penonton menyedari bahawa sesuatu yang drastik perlu dilakukan terhadap pasukan dan mungkin pada jendela perpindahan Januari ini.

Menjelang perlawanan pertamanya selaku Ketua Jurulatih Arsenal, menentang Bournemouth di Boxing Day, kita lihat lima perkara utama yang mungkin memerlukan perhatian Arteta berdasarkan perlawanan menentang Everton malam tadi.

Pemimpin sebenar diperlukan.

The Gunners musim ini dilihat terumbang-ambing dengan pergolakan dalaman serta kontroversi melibatkan kapten pasukan.

Malah perkara itu juga membawa kepada Arsenal memerlukan seorang pengendali berkaliber untuk membimbing dan membentuk pasukan.

Dengan perlantikan Arteta selaku ketua jurulatih, kini perkara itu (pengendali pasukan) telah pun diselesaikan walaupun ianya mencetuskan kontroversi mengenai kredibiliti dari segi pengalaman.

Pun begitu, perkara itu terlalu awal untuk dipersoalkan dan yang utama buat Arsenal serta Arteta ketika ini adalah mencari seorang KAPTEN pasukan yang berwibawa.

Seorang pemain yang mampu membimbing rakan sepasukan ketika diatas padang, ketika perlawanan dilangsungkan serta diluar padang.

Seorang yang mampu memberi rangsangan kepada rakan sepasukan ketika ketinggalan ataupun ketika mencari kemenangan serta semangat yang kuat setiap masa.

Sepanjang 90 minit menentang Toffees, ciri-ciri tersebut tidak kelihatan pada kapten pasukan dalam memberikan inspirasi dan semangat serta membangkitkan ghairah rakan sepasukan mencari kemenangan ataupun jaringan.

Arteta perlu mencari seseorang yang dapat membimbing dengan tegas dan penuh motivasi.

Sentuhan penyudah
Aubameyang kurang memberi sumbangan pada perlawanan menentang Everton.

Arsenal telah menjaringkan hanya 24 gol daripada 18 perlawanan musim ini, salah satu daripada rekod terendah mereka pada peringkat ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Daripada jumlah itu (jaringan) Pierre-Emerick Aubameyang telah menyumbang 11 gol, namun gagal menambah jumlah tersebut pada perlawanan menentang Everton yang dilihat begitu sukar untuk menembusi pertahanan lawan.

Beliau bermain sebagai penyerang tunggal sebelum digantikan dengan Alexandre Lacazette.

Di belakangnya, di bahagian tengah juga dilihat kurang membantu dalam mencipta peluang dan gerakan berbisa untuk merobek pertahanan lawan.

Jelas Arteta memerlukan barisan tengah yang mampu mencipta peluang dan penyudah berbisa yang turut mampu membantu penyerang meledakan gol, sesuatu yang diperlukan segera dalam pasukan.

Pertahanan yang memberikan harapan.
Arsenal terikat 0-0 ketika menentang Everton malam tadi.

Arsenal mengharungi saingan musim ini dengan gagal mencatatkan rekod bersih tanpa bolos dalam 14 perlawanan, di mana mereka telah bolos 28 gol.

Arteta perlu melihat barisan pertahanan yang tidak begitu mudah dibolosi dan beliau telah menyaksikan perkara itu malam tadi.

Statistik perlawanan Arsenal menentang Everton malam tadi.

Walaupun Everton dilihat lebih banyak melakukan percubaan, namun barisan pertahanan Arsenal tidak membiarkan lawan melakukan satu pun percubaan tepat pada sasaran.

‘Back four’ Arsenal telah membuktikan mereka sememangnya layak untuk memberikan yang terbaik untuk mengawal kubu pasukan.

Sesuatu yang postif namun itu tidak bermakna bahawa barisan pertahanan Arsenal benar-benar solid.

Perkara itu adalah sesuatu yang perlu dibina dan diberikan perhatian oleh Arteta juga.

Pemain muda bukan jawapan setakat ini.
Emile Smith Rowe Membuat Penampilan Pertama Liga Perdana Inggeris Menentang Everton Pada Usia 18 Tahun.

Kesebelasan utama malam tadi menampilan pemain termuda Arsenal sejak Mei 2011 dengan membariskan pemain seperti Bukayo Saka dan Emile Smith-Rowe, yang membuat permulaan Liga Perdana pertamanya.

Kesebelasan utama Arsenal menentang Everton malam tadi.

Untuk sebahagian besar, pemain-pemain muda ini telah memberikan persembahan yang baik, tetapi jika Arsenal mahu menempatkan diri dan bermain dalam saingan Liga Juara-Juara maka Arteta harus mendapatkan yang terbaik dari para pemainnya yang berpengalaman, sambil membenarkan pemain muda terus berkembang.

Semangat baru diperlukan pada Januari.
Nicolas Pepe Merupakan Perbelanjaan Terbesar Yang Pernah Dikeluarkan Arsenal – £72 Juta.

Bekas pengendali, Unai Emery telah membelanjakan £138 juta pada musim panas, walaupun salah seorang daripada pemain itu (pemain pertahanan berjumlah £ 27 juta), William Saliba segera dipinjamkan kembali ke kelab asalnya, St Etienne.

Walaupun terdapat skuad yang kuat di atas kertas, termasuk rekod pembelian kelab bernilai £ 72 juta ketika menandatangani Nicolas Pepe, namun pemain termahal Arsenal itu hanya mampu memanaskan bangku simpanan di Goodison Park.

Arteta perlu mengeluarkan yang terbaik yang ada pada Pepe dan mungkin beliau akan membawa pemainnya sendiri bagi memenuhi ciri-ciri yang diperlukan dalam melaksanakan taktikal dan teknikal beliau.

Pemain yang mempunyai tenaga dan semangat juang yang tinggi sebagaimana semangat berapi-api Arteta untuk membina kembali Arsenal.

Harapan

Semoga Arteta dapat mengembalikan semangat juang pemain-pemain Arsenal dan mengakhiri kontroversi yang melanda pasukan ketika ini.

Dan… apa yang penting?

Identiti kelab bakal dijelmakan kembali Arteta untuk kita semua.

#COYG #WeAreTheArsenal

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment