Abang Aubameyang kecewa dan marah dengan keputusan Arsenal.

The Gunners dilaporkan akan melantik Mikel Arteta sebagai pengganti tetap Unai Emery.

Arsenal mempunyai calon yang lebih berpengalaman dalam senarai pendek mereka termasuk bekas pengendali Juventus, Massimiliano Allegri dan Mauricio Pochettino, yang dipecat oleh Tottenham bulan lalu.

Namun The Gunners kini dilaporkan bersedia untuk menyerahkan peranan tersebut kepada Arteta yang akan menjadi pengurus buat pertamanya kalinya dalam sejarah bekas pemain dan kapten Arsenal yang berusia 37 tahun itu.

Arteta tidak mempunyai pengalaman selaku pengurus mahupun sebagai ketua jurulatih dan dia hanya menjadi pembantu kepada Pep Guardiola selama tiga tahun di Manchester City.

Kerisauan mengenai kemampuan beliau untuk mengendalikan sebuah pasukan besar yang memiliki barisan pemain besar mencetuskan kerisauan kepada sebahagian kita.

Sebelum ini juga terdapat laporan yang mengatakan beberapa pemain senior Arsenal tidak bersetuju dengan calon – Arteta untuk menjadi pengendali pasukan.

BACA: Pemain Arsenal desak BOD untuk tidak melantik Mikel Arteta dan meminta Carlo Ancelotti.

Dan perkara tersebut juga menjadi satu kerisauan buat abang kepada Aubameyang iaitu, Willy.

Willy dalam beberapa posting dan komen di media sosial telah mempersoalkan keputusan Arsenal yang dikatakan bakal melantik Arteta sebagai pengganti tetap pasukan.

Menjawab mengenai perlantikan Arteta pada posting AFTV di Instagram yang mendakwa bekas pemain dan kapten Arsenal itu akan menjadi pengurus baharu sebelum perlawanan menentang Everton pada hari Sabtu, Willy Aubameyang menjawab: ‘Ljungberg Arteta adalah sama, tidak ada pengalaman.’

Komen Willy, abang kepada Auba.

Aubameyang ketika ini begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan dari Arsenal pada musim panas nanti.

Pemain berusia 30 tahun, yang menggantikan Granit Xhaka sebagai kapten pasukan pada November, hanya tinggal satu tahun lagi dalam kontraknya bersama Arsenal dan sekiranya gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak, kemungkinan Auba akan dilepaskan musim depan.

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Gara-gara abang, peminat mahukan lilitan kapten digugurkan dari Auba. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners