Adakah Ljungberg akan meminta nasihat Wenger dengan segera?

Freddie Ljungberg
Ljungberg mengakui ‘mencuri’ idea dari Sven-Goran Eriksson selepas debut pengendali Arsenal.

Ketua Jurulatih Interim Arsenal, Freddie Ljungberg mendedahkan beliau mengambil inspirasi daripada gaya pengurusan Sven-Goran Eriksson.

Ljungberg membuat penampilan sulung selaku pengendali Arsenal dengan mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Norwich City.

Kejayaan mengutip satu mata itu hadir selepas dua kali bangkit dari ketinggalan di Carrow Road.

Tetapi, walaupun seri dengan Norwich, terdapat beberapa pandangan positif mengenai kedudukan Ljungberg dikerusi panas itu.

Ljungberg pada masa lalu dipuji untuk kariernya sebagai pemain dan kini menjadi pengendali pasukan yang pernah diwakilinya walaupun untuk tempoh sementara.

Pernah bermain dibawah kendalian Arsene Wenger ketika bersama Arsenal, namun Ljungberg mengakui dia telah mendapat inspirasi daripada pengurus kelahiran Sweden, Sven-Goran Eriksson.

Eriksson dilantik menjadi pengurus England pada tahun 2001 untuk memimpin negara itu bagi kejohanan Piala Dunia 2002 dan 2006 serta Euro 2004.

Dan pada tempoh itulah Eriksson dan Ljungberg mula berkenalan.

Sven bijak, saya banyak bercakap dengannya ketika dia menjadi pengurus England kerana dia menonton perlawanan kami,” kata Ljungberg kepada wartawan.

Saya tahu pada masa lalu, beberapa cerita tentang bagaimana dia melayan para pemain dan bagaimana dia membuat mereka berasa baik dan perkara seperti itu.

Saya telah mencuri sedikit idea-idea itu.

Dia seorang jurulatih yang hebat, sudah lama, dan saya harap saya boleh bercakap dengannya tidak lama lagi.”

Pun begitu, Ljungberg juga mendedahkan hasratnya untuk berbincang dengan bekas pengurus Arsenal, Wenger, apabila perkara itu mulai tenang.

Tidak [saya belum bercakap dengan Wenger],” katanya.

Saya sangat ingin bercakap dengannya.

Saya masih berhubung dengannya tetapi saya tidak bercakap dengannya lagi kerana ia agak sibuk, tetapi ia adalah perkara dalam senarai saya untuk melakukannya.

Manakala, Arsene Wenger turut pernah memberitahu dimana beliau amat berbesar hati untuk membantu Ljungberg.

Jika dia mempunyai kemahuan itu sudah tentu saya sentiasa bersedia.

Jiwa saya bersama kelab itu dan saya mahu mereka melakukan lebih baik.

Freddie cukup komited dalam tugasnya… dia mempunyai peluang.

Mari bantu dia bekerja bersama ideanya dan memberi sokongan kepadanya.”

Dengan kesediaan Wenger untuk membantu Ljungberg, adakah beliau akan meminta nasihat Wenger dalam masa terdekat ini?

Siapakah yang akan dihubungi Ljungberg bagi mendapatkan nasihat?

Arsenal akan menentang West Ham ditempat lawan Selasa ini (waktu Malaysia) jam 4 pagi dan adakah keputusan positif akan dicapai?

Melihat kejayaan beberapa bekas pemain kelab lain yang berjaya memberikan nafas baru dan kenyakinan kepada bekas kelab mereka, sedikit sebanyak menyebabkan penulis berasa iri hati untuk melihat perkara yang sama terjadi kepada Arsenal.

Semoga Freddie berjaya mengembalikan kenyakinan penyokong yang sudah lama kecewa dengan prestasi pasukan.

Ayuh Freddie…Ayuh Gunners!

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Sven-Göran Eriksson sokong calon pengurus ‘world class’ untuk mengisi kekosongan di Arsenal.