Adrien Rabiot menjadi sasaran Arsenal dan Mikel Arteta

Adrien Rabiot

Mikel Arteta mungkin akan mencuba mendapatkan pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot pada jendela perpindahan musim sejuk ini.

Rabiot, yang berpindah ke Juventus dari Paris Saint-Germain secara percuma pada musim panas lalu, kurang diberikan minit permainan oleh Maurizio Sarri.

Dan Arteta, yang baru sahaja selesai menyaksi dan menguruskan pasukannya dalam perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih Arsenal menentang Bournemouth semalam, mahu mendapatkan khidmat Rabiot secara kontrak pinjaman pada jendela perpindahan pemain pada Januari nanti.

Adrien Rabiot

Dia mahu menambah pilihan pemain di bahagian tengah, juga ‘menghidupkan’ kembali penguasaan the Gunners di bahagian tersebut.

Sehingga sebelum perlawanan semalam, para pemain tengah sedia ada iaitu Granit Xhaka, Matteo Guendouzi, Joe Willock, Lucas Torreira, Dani Ceballos, dan Mesut Ozil dilihat gagal memainkan peranan mereka di bahagian tengah pasukan dengan baik, menjadi antara punca kemerosotan prestasi pasukan dan keputusan perlawanan.

Di Juventus, Rabiot hanya diberikan peluang untuk bermain dalam sembilan perlawanan Serie A (lima sebagai pemain kesebelasan utama) setakat ini pada musim ini.

Pemain berusia 24 tahun ini sering kali dikaitkan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris, dan kelab seteru the Gunners, Tottenham Hotspur antara kelab yang sering dikhabarkan berminat mendapatkan khidmatnya.

Perpindahan ke Stadium Emirates mungkin lebih relevan memandangkan Arteta kekurangan pemain di bahagian tengah.

Rabiot mempunyai stamina yang baik untuk bermain dengan peranan pemain box-to-box.

Peranan ini seringkali dilihat pada diri Aaron Ramsey, namun setelah perpindahannya ke Itali, Willock antara yang hampir untuk bermain dengan peranan ini.

Ramsey telah membuat lapan penampilan Serie A bersama Juventus semenjak menyertai mereka Julai lalu.

Namun, faktor usia yang masih muda, kurang berpengalaman menyebabkan dia masih kurang berjaya melaksanakan peranan ini.

Willock masih memerlukan masa untuk menyinar.

Arteta dikhabarkan tetap mahu cuba mendapatkan Rabiot tidak mengambil kira di manakah destinasi Xhaka seterusnya, samada kekal di kelab atau berpindah ke Hertha Berlin.

Be the first to comment