Ancelotti dikatakan ‘gembira kembali ke London’.

Carlo Ancelotti
Rumors kencang mengatakan bekas pengendali Chelsea dan Napoli berusia 60 tahun dikatakan calon terbaik mengisi kekosongan di Emirates dengan dakwaan ia ‘boleh menjadi kenyataan tidak lama lagi’.

Dengan laporan TuttoMercatoWeb menganggap Carlo Ancelotti hampir dapat menandatangani kontrak bersama Arsenal sehingga 2021, Gazzetta dello Sport pula meredakan spekulasi tersebut.

Petikan laporan Gazzetta dello Sport.

Itu bukan untuk mengatakan Ancelotti tidak akan menerima ataupun mengambil peranan tersebut, kerana dia masih boleh.

Tetapi tidak ada apa-apa dalam media Itali yang mengatakan bahawa dia akan bertanggungjawab di Emirates pada petang Rabu (waktu tempatan).

Apa yang dikatakan oleh Gazzetta ialah, Ancelotti akan ‘kembali dengan hati terbuka ke London’, yang mana pengurus itu pernah rasai kehangatan Liga Perdana Inggeris ketika bertanggungjawab di Stamford Bride.

Dan turut menyatakan bahawa dia tidak ‘menyembunyikan’ minatnya untuk kembali ke Liga Perdana.

Mereka juga menjelaskan pilihan yang mungkin di ambil Ancelotti berhubung jawatan di Arsenal yang ‘boleh jadi menjadi kenyataan’, tetapi ada juga kemungkinan dia ‘menunggu sehingga musim depan’ untuk memulakan tugas tersebut.

Lagipun, Ancelotti hanya dipecat Napoli pada malam Selasa, jadi perlantikan pengurus itu menjadi pengendali baharu Arsenal pada petang Rabu (waktu tempatan) kelihatan tidak realistik, kecuali rundingan telah pun lama berlaku sebelum pemecatan itu, yang nampaknya tidak mungkin.

Pun begitu, kita perlu tunggu dan lihat mengenai perkembangan ini, sementara itu kita menikmati kebangkitan Arsenal dibawah Ljungberg.

Carlo Ancelotti ready to leave immediately after the exemption from Napoli. New contacts in these hours with Arsenal, intended until 2021, which seems to be one step ahead. He is the profile identified by Arsenal to turn the season. The definitive agreement is sought, it could arrive already in the afternoon. Ancelotti-Arsenal, proofs of understanding …

Terjemahan laporan Tutto Mercato Web

Laporan Gazzetta itu tidak begitu melampau sebagaimana laporan yang dikeluarkan Tutto Mercato Web, dan pastinya Ancelotti mahu mengambil sedikit masa, walaupun hanya beberapa minggu, untuk pulih sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.

Dan Ancelotti turut dikaitkan dengan Everton yang juga mencari pengurus tetap.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment