Ancelotti tidak mahu tergesa-gesa.

Pengurus tersebut telah bercakap secara tidak rasmi dengan Arsenal mengenai kekosongan di Emirates.

Namun beliau dilaporkan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat keputusan dan akan mempertimbangkan setiap pilihan yang ada.

Terdapat keyakinan yang berterusan di Itali bahawa Arsenal boleh menjadi destinasi seterusnya buat Carlo Ancelotti, namun ianya bukanlah satu perkara yang perlu diputuskan dengan segera oleh bekas pengurus Napoli itu.

Pada hari Khamis, Il Mattino telah melaporkan perkara tersebut dengan menjelaskan pengurus itu telah mengadakan rundingan secara tidak rasmi dengan Arsenal sebelum dia dipecat, tetapi kini mereka berundur selangkah ke belakang dalam mengemaskini dakwaan sebelum ini.

Mereka masih percaya terdapat beberapa perbincangan (di antara Ancelotti bersama Arsenal), tetapi kini mereka menyatakan bahawa bekas pengurus itu hanya ‘bersembang’ dengan wakil kelab Arsenal sebelum dipecat Napoli.

Dan itu dijelaskan kerana Ancelotti yakin dia akan kekal sebagai pengurus kelab Serie A sehingga akhir musim dan sebenarnya tidak melihat akan pemecatannya.

Alasan tersebut membuatkan laporan dari Itali itu mengubah kembali dakwaan sebelum ini daripada rundingan tidak rasmi kepada sembang-sembang sahaja, kerana Ancelotti tidak berhasrat untuk meninggalkan Naples dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, ia telah belaku dan dia telah digantikan oleh Gennaro Gattuso dan bekas pengurus Chelsea itu juga dikatakan ‘tidak tergesa-gesa’ untuk mengendalikan mana-mana kelab serta akan ‘mempertimbangkan setiap pilihan yang ada’.

Arsenal disebut, sama seperti Everton, walaupun langkah ke Goodison Park itu dikatakan sebagai backup plan, namun destinasi pilihan tetap menjadi Emirates.

Walaupun media Inggeris menafikan destinasi akhir Ancelotti adalah Arsenal namun ianya tetap menjadi kepercayaan kuat di Itali bahawa bekas pengurus Napoli itu bakal berakhir di London.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment