Angus MacDonald telah sembuh sepenuhnya dari penyakit kanser usus

Pemain pertahanan Hull City, Angus MacDonald telah disahkan sembuh sepenuhnya dari sakit kanser usus.

Pemain berusia 27 tahun itu telah didiagnos peringkat awal penyakit tersebut pada Ogos lalu, dan kini sudah melengkapkan sesi rawatannya.

Angus Macdonald

“Semua pihak di kelab ini sungguh gembira apabila mendengar berita hebat ini,” petikan kenyataan dari laman sesawang rasmi kelab.

“Angus telah menunjukkan keberanian yang tinggi dan kekuatan karekter dalam tempoh yang mencabar ini.

“Kami mahu mengucapkan dia beserta keluarga dan rakan-rakannya, selamat menyambut hari Krismas yang indah dan kami menanti Angus kembali bersama kelab.”

MacDonald menyertai the Tigers dari Barnsley pada Januari 2018 dan telah membuat 16 penampilan untuk kelab dalam semua kejohanan.

Penampilan terakhirnya bersama skuad utama adalah pada 24 Ogos 2018, dalam perlawanan pusingan kedua Piala Carabao menentang Derby County. Hull City tewas 0-4 dalam perlawanan ini.

MacDonald merupakan produk akademi Reading dan telah melalui beberapa tempoh pinjaman di Salisbury, Basingstoke, Torquay dan AFC Wimbledon.

Kemudian dia berpindah secara tetap ke Salisbury dan Torquay sebelum berhikraj ke Oakwell pada Ogos 2016.

Be the first to comment