Apa masalah dan apa lagi…

Harapan untuk melihat kemenangan pertama dilaman sendiri semenjak perubahan drastik dilakukan Arsenal, terkubur dan memilukan.

Mahukan Wenger out, dah tercapai… Mahukan Ozil bermain, dia dah pun bermain… mahukan Unai out dah pun terlaksana….mahukan perubahan…rasakanlah.

Jadi apa lagi yang diperlukan?

Sesuatu yang pasti, kita semua mahukan kemenangan ketika ini setelah mengharungi musim penuh dengan dugaan dan pancaroba.

Pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg menerima kekalahan pertama yang mengaibkan dilaman sendiri.

Kekalahan awal pagi tadi membuatkan Arsenal kini mengharungi sembilan perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Dan kali terakhir Arsenal mencatatkan rekod sedemikian adalah pada tahun 1977, kira-kira sebulan sebelum Freddie Ljungberg dilahirkan.

Satu pencapaian terburuk Arsenal dalam beberapa dekad ini dan ianya bukanlah terburuk buat pengendali sementara The Gunners, Ljungberg yang baru mengendalikan dua perlawanan.

Mengharungi 15 perlawanan liga dan berada ditangga kesepuluh ketika ini, tugas berat menanti Ljungberg mahupun pengganti sebenar (tetap) Unai Emery selepas Arsenal dipisahkan 10 mata dengan pasukan ditangga keempat yang mengumpul 29 mata.

Kedudukan terkini EPL.

Malahan dengan pungutan mata itu, Arsenal juga dipisahkan hanya lima mata untuk berada di zon penyingkiran.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana sekiranya Arsenal yang pernah menjuarai liga tanpa sebarang kekalahan dan dikenali antara pasukan terhebat, berjuang untuk menggelakkan diri daripada tersingkir dari saingan Liga Perdana.

Sepatutnya, Arsenal yang disayangi berjuang untuk menjuarai liga dan bukannya sedemikian, walaupun ia bukanlah sesuatu yang diingini berlaku kepada The Gunners.

Sekali lagi, kekurangan persefahaman di antara pemain Arsenal jelas memberi kesan.

Mungkin mereka masih terkeliru dengan perubahan arahan dan corak bermain yang dikehendaki Ljungberg, mungkin mereka masih dalam proses peralihan penyesuaian selepas terperangkap dengan taktikal dan teknikal Unai Emery.

Kesebelasan utama dan rating pemain kedua-dua pasukan.

Brighton, pada sudut yang lain masih lagi Brighton, mengawal bola dan menguasai padang dengan ketepatan yang tidak pernah ditunjukkan oleh Arsenal selama berbulan-bulan pada perlawanan pagi tadi.

Mereka muncul di Emirates, menguasai permainan dan dengan tenang membawa pulang tiga mata yang mereka layak sepenuhnya untuk perlawanan tersebut.

Statistik penuh perlawanan.

Jika keputusan 2-1 dikatakan tidak adil kepada pelawat dan bukannya Arsenal, pihak Graham Potter sememangnya layak untuk keputusan itu selepas mengeksploitasi semua ruang tengah The Gunners, bermain bolasepak yang lebih baik dan mewujudkan peluang yang jauh lebih banyak secara keseluruhannya.

Brighton, mengalami kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir mereka dan 15 kekalahan daripada 16 perlawanan terakhir mereka ditempat lawan, menentang pasukan yang digelar big six ataupun pasukan besar awal pagi tadi, tetapi mereka kelihatan lebih besar di Stadium Emirates sehingga ke wisel penamat.

Malah, pemain-pemain Ljungberg juga tidak dapat melindungi pasukan selain beraksi pada tahap sepatutnya mereka bermain.

Ljungberg sendiri mengakui bahawa pemain-pemain beliau gagal beraksi cemerlang dan tidak bermain dengan penuh keyakinan.

Mereka kelihatan kekurangan keyakinan,” jelas Ljungberg.

Kami tidak tampil di babak pertama. Kami sangat pasif, kami tidak bergerak.

“Mereka sangat takut untuk mendapatkan bola, sangat takut untuk bergerak dan mereka hanya berdiri diam.

“Kita perlu mencipta kemenangan dan mendapat keyakinan. ”

Arsenal memerlukan urgency dan kualiti sebagai tindak balas dan mereka melakukan serta mendapatinya dalam beberapa minit pertama di babak kedua.

Dan itu turut disumbangkan dengan kemasukan Nicolas Pepe pada babak kedua perlawanan.

Namun kebangkitan Arsenal gagal untuk mengatasi kelebihan pihak lawan yang lebih menguasai permainan sehinggakan Ljungberg mengalami kekecewaan pertama dilaman sendiri.

Menjadi persoalan, apa lagi yang diperlukan untuk Arsenal kembali menyinar?

Adakah keputusan menyingkirkan Emery adalah tepat?

Sesuatu yang menimbulkan persoalan adakah pemain sudah melakukan yang terbaik?

Semoga Arsenal bangkit pada perlawanan seterusnya Selasa depan, menentang Hest Ham ditempat lawan.

Perlawanan seterusnya Arsenal
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment