Apa sebenarnya maksud DNA Kelab dan adakah pengurus benar-benar memerlukannya?

Arsenal Dna
Kini bagaikan trend untuk pasukan Liga Perdana Inggeris mengambil pengurus yang memiliki kaitan sejarah dan hubungan dengan kelab.

Tetapi peliknya, ia adalah pengurus anti-DNA yang mencetuskan kegemilangan sesebuah kelab.

Freddie mempunyai DNA Arsenal,” kata Josh Kroenke.

Bekas pemain Arsenal yang kini menggalas tugas selaku pengendali sementara Arsenal.

Jadi pengurus interim Freddie Ljungberg memilikinya (DNA), bersama pembantu sementaranya Per Mertesacker, jurulatih Bawah-23, Steve Bould, Robert Pires, yang ditugaskan untuk menyertai kakitangan pasukan Ljungberg, dan kemungkinan pilihan jangka panjang seperti Mikel Arteta dan Patrick Vieira.

Frank Lampard mempunyai DNA Chelsea yang kini menjadi pengurus pasukan The Blues.

Sementara itu, Frank Lampard, Jody Morris, Ashley Cole, Petr Cech dan Eddie Newton mempunyai DNA Chelsea.

Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengendali Manchester United juga mempunyai DNA kelab itu.

Ole Gunnar Solskjaer, Mike Phelan dan Michael Carrick mempunyai DNA Manchester United.

Bekas pemain Manchester United dan Arsenal yang mempunyai DNA Manchester City.

Brian Kidd mempunyai DNA Manchester City, walaupun dia mempunyai sedikit DNA United ketika menjadi sebahagian barisan kejurulatihan disana.

Jurgen Klopp menganggap Steven Gerrard sebagai individu yang layak menggantikannya kerana mempunyai DNA Liverpool.

Steve Bruce, Dean Smith, Eddie Howe dan Chris Wilder sudah menguruskan kelab yang mana mereka telah berkongsi DNA mereka disana.

Ramai pengurus yang memalsukan DNA itu, sama ada dengan menukar tradisi kelab atau dengan mencipta semula dalam visi mereka sendiri.

Matt Busby, Bill Shankly, Brian Clough, Sir Alex Ferguson, Arsene Wenger, Jurgen Klopp dan Mauricio Pochettino kesemua mereka tidak mempunyai hubungan sejarah dengan kelab ataupun DNA kelab.

Mereka adalah invidu luar dan asing yang berjaya mencetuskan fenomena bersama kelab ataupun berjaya menghidupkan sesebuah kelab untuk menjadi sebuah pasukan yang berjaya.

Wenger sendiri bukanlah meneruskan DNA Arsenal, malah beliau mencipta DNA Arsenal baharu dan mungkin kita selaku peminat tidak mengingati bagaimanakah cara Arsenal bermain sebelum kehadiran beliau.

Begitu juga dengan pengurus-pengurus yang disebutkan diatas, mereka tidak meneruskan DNA kelab, mereka mencipta legasi mereka sendiri yang mengakibatkan ianya digelar dan dikenali sebagai DNA Kelab.

Kehadiran mereka berjaya menukar kelab dan gaya bermain sememangnya bermula dengan kemenangan dalam sesebuah perlawanan selain memikat hati peminat dan penyokong, sebelum ianya menjadi DNA Kelab.

Apa akan terjadi sekiranya mereka gagal?

Adakah ianya akan menjadi DNA kelab? Sudah tentu tidak.

DNA Kelab hanya diiktiraf ianya DNA Kelab sekiranya ia berjaya memberi kejayaan kepada kelab dan ianya mestilah dalam tempoh agak lama dan konsisten.

Pep Guardiola boleh dikatakan sedang mencipta DNA Manchester City, namun adakah beliau meneruskan DNA City sebelum ini?

Apakah DNA Manchester City sebelum kehadiran Guardiola?

Mungkin peminat dan penyokong mereka mampu menerangkan perkara ini.

JADI APA ITU DNA KELAB ATAUPUN BOLASEPAK?

DNA bolasepak adalah segala-galanya tentang permainan yang indah dan menghiburkan, erti kata lain menarik.

Ianya dimainkan dengan cara tersendiri hasil daripada pembentukan dan gabungan 11 pemain diatas padang untuk sesebuah pasukan ataupun kelab.

Dan itu akan memberikan DNA kelab yang mana sesebuah kelab itu mempunyai corak permainan tersendiri, yang mampu memuaskan hati peminat dan penyokong selain mencipta kejayaan.

Malah ianya juga memberi gambaran kepada mereka yang tidak menyokong sesebuah pasukan itu, tahu dan mengenali gaya permainan sesebuah pasukan tersebut – identiti.

Maksud sebenar DNA dari istilah Biologi.

DNA atau maksud sebenarnya asid deoksiribonukleik adalah satu komponen utama kehidupan.

Ia mengandungi set-set arahan biologi yang membentuk keperibadian individu.

Maklumat-maklumat ini pula diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui perkembangan pembiakan.

Semua kehidupan di muka bumi ini memiliki corak DNA yang unik; untuk menjadikan seorang manusia itu manusia dan seekor harimau itu harimau.

Indentiti sebuah kelab ataupun pasukan – DNA Kelab.

Malah DNA kelab diteruskan dengan hubungan diantara jurulatih, pemain dan penyokong untuk membina sesuatu identiti.

Jika kita selalu mempersoalkan DNA kelab yang mana ianya lebih terjurus kepada corak pemainan, bagaimana kita selaku penyokong dan peminat?

Adakah kita turut menyumbang kepada kesinambungan DNA kelab?

Adakah kita sebahagian daripada DNA kelab? Atau kita sekadar bersembang menyedapkan hati kawan yang terseksa disana?

Tetapi fokus baru-baru ini terhadap DNA boleh dikatakan sebahagiannya oleh kegagalan pengurus anti-DNA.

Ini dikatakan kerana mereka gagal memahami kelab yang dikendalikan ataupun diuruskan mereka, gagal memahami peminat dan identiti kelab, yang menjurus kepada persoalan DNA.

Tiada kesinambungan diteruskan oleh pengendali baharu terhadap kelab yang seterusnya membangkitkan kemarahan penyokong apabila gagal mempamerkan aksi cemerlang dan menarik.

Dan ini sedikit sebanyak mengatakan mereka tidak meneruskan DNA Kelab.

Persoalan, adakah kita mengharapkan pengendali baharu meneruskan legasi ataupun corak permainan yang sama sebagaimana pengendali terdahulu yang dipecat.

Mereka dipecat ataupun dipaksa berehat atau dipaksa melepaskan jawatan, jelas gagal dalam memberikan sumbangan terbaru kepada kelab.

Dan adakah kita mahukan pengendali baharu meneruskan perkara tersebut dengan meneruskan DNA itu?

Mungkin situasi ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan Manchester United, dimana Sir Alex Ferguson mengundurkan diri ketika mereka berada dipuncak.

Manakala situasi berbeza di alami Unai Emery yang mengambil alih Arsenal pada ketika kelab mengalami zaman kejatuhan.

Emery boleh dikatakan terjerumus ke dalam pergolakan dan kekeliruan DNA Kelab selepas kumpulan pengurus yang hebat telah bersama Arsenal.

Herbert Chapman, George Graham dan Arsene Wenger, telah mencipta sesuatu dan kejayaan yang sukar dinafikan, namun era mereka telah berakhir dan Emery yang menyertai kelompok itu dikatakan gagal memahami DNA Kelab apabila bermain dengan corak permainan tersendiri.

Beliau menjadi mangsa di atas kekeliruan mengenai perkara itu, seorang pengurus yang anti-DNA.

Manakala Maurizio Sarri adalah seorang lagi jenis pengurus anti-DNA, seorang pengurus yang memiliki keangkuhan yang kuat, pendekatan tanpa kompromi yang menyebabkan fanbase Chelsea mula memberontak.

Sarri dan Chelsea tidak pernah mengenali antara satu sama lain malah beliau tidak pernah cuba untuk memahami ataupun mengenali kelab.

Sama seperti Luiz Felipe Scolari dan Andre Villas-Boas, ketika mereka mengendalikan pasukan itu yang akhirnya jatuh kepada Jose Mourinho, beliau juga gagal memahami identiti moden Chelsea.

Mungkin peminat dan penyokong Liverpool lebih memahami hal ini kerana pernah memiliki Roy Hodgson yang terkenal dengan corak pemainannya yang mudah dijangka selain gemar menggunakan pemain-pemain yang terhad disukainya.

Bagaimanapun, kehadiran Gerard Houllier, Rafa Benitez dan Klopp yang datang dari jauh sebagai orang asing dalam satu bahagian mempunyai idea yang lebih baik tentang apa yang mampu dilakukan Liverpool, apa yang boleh dan apa yang sepatutnya dilakukan.

Begitu juga dengan Manchester United, mungkin peminat dan penyokong mereka juga lebih memahami perkara ini.

Pada satu tahap, setiap tiga pengganti awal Ferguson di Manchester United dilihat sebagai pengurus anti-DNA.

David Moyes membantu mendefinisikan Everton namun beliau ‘terkejut’ dengan saiz United yang jauh berbeza dengan kelab lamanya.

Dan beliau tidak mampu untuk menghasilkan gaya bolasepak yang betul bersama United, menyebabkan jodohnya tidak panjang bersama mereka.

Mourinho membantu membentuk Chelsea pada abad ke-21 tetapi seolah-olah tidak menyukai segala-galanya mengenai United.

Louis van Gaal adalah seorang ahli falsafah yang gagal menarik kepercayaan mereka di sekitar United walaupun terdapat penyokong menyukai keperibadiannya, namun ianya bukanlah mengenai bolasepak di kelab itu.

Masing-masing dengan cara tersendiri, menyumbang kepada keadaan di mana Solskjaer hadir menyambungkan kembali hubungan lampau kelab, dirinya, penyokong United dan semua perkara di United.

Dan itu mungkin menjadi jawapannya, sama seperti Lampard.

Bekas pemain Chelsea itu tidak mungkin akan menjadi pengurus The Blues tanpa Sarri meletakkan asas yang bertentangan dengannya.

KESIMPULAN

Kejayaan sesebuah kelab itu bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat untuk dicipta.

Begitu juga dengan DNA, dimana seorang manusia akan memiliki satu set lengkap DNA kromosom yang diperolehi hasil perkongsian ibu dan bapanya.

Ini adalah urutan yang sangat panjang, ditulis dalam kod, yang perlu ditranskripsikan dan diterjemahkan sebelum sel boleh membuat protein yang penting untuk hidup.

Apa-apa jenis perubahan dalam urutan DNA boleh membawa kepada perubahan dalam protein tersebut, dan, pada gilirannya, mereka boleh menterjemahkan perubahan ciri-ciri kawalan protein mereka.

Dan untuk memiliki DNA Kelab ianya bukanlah mudah dan segera dapat dicipta malah ianya memerlukan beberapa pihak yang terlibat dalam pembentukan sesuatu DNA Kelab itu.

Ianya merangkumi pihak pengurusan, pengurus ataupun ketua kejurulatih, pemain dan juga penyokong.

Adakah seorang pengurus itu memerlukan DNA Kelab?

Ianya bagaikan penghasilan buah ataupun pokok ataupun binatang ternakan yang berkualiti tinggi (jauh lebih hebat daripada induk) dimana ianya dihasilkan daripada proses kacukan, yang sekaligus mengubah DNA asal dan memberikan DNA baru – identiti baru.

Sumber rujukan:

  • BBC – Freddie Ljungberg ‘has Arsenal DNA’ – Josh Kroenke
  • Forbes – ‘Arsenal DNA’ Isn’t Enough To Solve The Gunners’ Problems
About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Musim pertama menghadirkan harapan, musim kedua punah segalanya. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners