Arsenal berdepan kesukaran dalam mencapai 40 mata.

Dengan jadual perlawanan yang paling mudah sudah pun dilalui (dihadapi), Arsenal mungkin bergelut dalam memungut 40 mata.

Mungkin sukar untuk menerima kenyataan tersebut, namun jika mengambil kira situasi semasa Arsenal, ianya mungkin terjadi dan kita terpaksa menerimanya buat kali pertama.

Menang empat perlawanan dengan seri sebanyak tujuh kali dan empat kekalahan, Arsenal ketika ini mengumpul 19 mata selepas mengharungi 15 perlawanan liga.

Prestasi Arsenal ketika ini.

Arsenal mengharungi sembilan perlawanan tanpa kemenangan dalam semua pertandingan adalah yang paling lama sejak tahun 1977, tetapi kenangan kisah silam itu bukan permulaan untuk menceritakan kisah penuh The Gunners musim ini.

Realitinya lebih buruk lagi.

Rekod perlawanan Arsenal setakat ini (musim ini).

Bukan sahaja 11 perlawanan terakhir Liga Perdana yang hanya memberikan 12 mata, malah prestasi dan persembahan Arsenal juga berada dalam bentuk terburuk dalam sebarang konteks dan ini juga ditambah dengan Arsenal sudah mengakhiri lawan paling mudah mereka musim ini, setakat ini sebelum memasuki pusingan kedua liga.

Selepas menghadapi Liverpool dan Tottenham sebelum rehat antarabangsa pada bulan September, Arsenal telah bertemu Aston Villa, Bournemouth, Crystal Palace, Wolves, Southampton dan Brighton di Emirates dan berkunjung ke Watford, Manchester United, Sheffield United, Leicester dan Norwich.

Rekod Arsenal menentang pasukan selepas 15 perlawanan.

Dengan persembahan dan prestasi yang dipamerkan ketika ini, Arsenal mungkin hanya mampu mengumpul sebanyak 38 mata berdasarkan lawan yang akan dihadapi kelak.

Jangkaan Jumlah Pungutan Mata Akhir Arsenal

Dan jumlah mata itu (38 mata) juga merupakan paling teruk jika dibandingkan dengan rekod yang dicatatkan Wenger pada musim terburuknya (2017/18) dengan mengumpul 63 mata untuk menamatkan saingan ditangga keenam liga.

Setakat ini, setelah mengharungi lapan perlawanan dilaman sendiri, Arsenal hanya berjaya mencatatkan tiga kemenangan, empat seri dan satu kekalahan untuk mengumpul 13 mata.

Jumlah itu menyumbang kepada 68.4% kepada mata keseluruhan Arsenal yang diperolehi ketika ini (19 mata).

Secara puratanya, Arsenal hanya memperolehi mata sebanyak 1.63 mata untuk setiap perlawaan di Stadium Emirates musim ini (setakat ini).

Rekod purata mata setiap perlawanan di laman sendiri Arsenal.

Data-data diatas mencerminkan dimana, beraksi dilaman sendiri adalah penyumbang mata terbesar buat Arsenal dan dengan 13 mata selepas 15 perlawanan, ianya merupakan satu amaran kepada The Gunners untuk bangkit dengan segera.

Jika mengambil sifir mudah, selepas 15 perlawanan Arsenal hanya memungut 13 mata, sudah pasti selepas 30 perlawanan mungkin mencatatkan keputusan yang sama, juga 13 mata.

Dan ini akan memberikan mata sebanyak 30 mata dengan baki lapan perlawanan lagi untuk menamatkan saingan.

Seandainya Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan untuk baki lapan perlawanan itu, ianya memberikan mata akhir sebanyak 54 mata.

Itu (dengan jumlah mata sebanyak 54) akan membuatkan Arsenal menamatkan saingan terburuk dalam sejarah semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan apabila (kemungkinan) menamatkan saingan ditangga kelapan liga.

Jangkaan Kedudukan Akhir Liga 2019/20

Untuk pengiraan mata berdasarkan purata dengan mengambil kira prestasi semasa dan purata mata setakat ini bagi perlawanan dilaman sendiri dan ditempat lawan, Arsenal kemungkinan mencatatkan jauh lebih rendah daripada jadual diatas.

Mata selepas 15 perlawanan (8 home + 7 away) = 19

Mata anggaran (jangkaan) bagi home untuk baki 11 perlawanan adalah 17.93.

Mata anggaran (jangkaan) bagi away untuk baki 12 perlawanan adalah 10.32.

Mata Akhir (penamat saingan musim 2019/20) adalah 19 + 17.93 + 10.32 = 47.25

Baki perlawanan Arsenal musim ini (tarikh UK).

Walaupun ini adalah sekadar anggaran namun ianya adalah berdasarkan statistik semasa Arsenal dan amat menggerunkan memikirkan betapa sukarnya The Gunners untuk memungut ataupun mengumpulkan 40 mata.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment