Connect with us

Arsenal

Arsenal berunding dengan Napoli untuk Koulibaly.

Published

on

Arsenal dilaporkan telah membuat perbincangan dengan Napoli untuk melengkapkan perpindahan Kalidou Koulibaly.

Akhir-akhir ini berita mengenai Napoli berminat untuk mendapatkan pemain Arsenal begitu kuat diperkatakan.

Namun kali ini, ianya terbalik dimana Arsenal pula dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain kelab Itali itu.

Menurut laporan Mirror, Arsenal dilaporkan telah menghubungi Napoli dalam usaha untuk menandatangani Kalidou Koulibaly.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berusaha untuk mengukuhkan barisan pertahanan dan dengan jendela perpindahan kedua akan dibuka minggu depan, beliau dikatakan berminat untuk membawa pertahanan tengah bernilai £55 juta, Kalidou Koulibaly dari Napoli.

Advertisement

Koulibaly sebelum ini berada dalam radar Manchester United, sebelum Red Devils menandatangani Harry Maguire dari Leicester City dengan nilai £ 55 juta.

Arsenal tidak mempunyai dana mencukupi untuk bersaing dengan Big Six yang lain dan Arteta diberi peringatan oleh ketua kelab bahawa dia tidak akan mempunyai dana besar untuk menandatangani pemain baharu bulan depan.

Tetapi Napoli berminat untuk menandatangani pemain pertahanan kiri Arsenal, Sead Kolasinac dan The Gunners berharap dapat menggunakan kesempatan itu sebagai pertukaran untuk mendapatkan pertahanan tengah itu.

Pendedahan mengenai tindakan Arsenal menghubungi Napoli itu diceritakan oleh Ian McGarry kepada Reach PLC’s Transfer Window Podcast.

Advertisement

Saya pernah mendengar, walaupun tidak dapat mengesahkan, Arsenal juga telah menghubungi Napoli melalui pihak ketiga mengenai Koulibaly.

Ia dikatakan kerana keinginan mereka di bawah Mikel Arteta untuk menguatkan pertahanan mereka.

Dan juga mereka [Napoli] berminat terhadap Sead Kolasinac.

Oleh itu, anda dapat melihat kemungkinan Kolasinac ditawarkan kepada Napoli sebagai sebahagian pertukaran dan wang tunai, walaupun Di Laurentiis lebih suka wang tunai untuk Koulibaly kerana dia mahu menguatkan pasukannya dalam Serie A.

Arteta akan membuat debut pengurusnya (ketua jurulatih) pada Boxing Day ketika Arsenal berkunjung ke Stadium Vitality bertemu Bournemouth malam ini, jam 11 malam waktu Malaysia.

Advertisement
Perlawanan Arsenal malam ini.