Arsenal dan Tottenham antara yang berminat dengan pertahanan Juventus.

Merih Demiral
Kelab Itali itu dikatakan sedang menunggu tawaran yang bakal dibuat oleh mana-mana kelab untuk mendapatkan pemain tersebut, menurut laporan.

Pertahanan Juventus, Merih Demiral merupakan subjek yang sering menjadi tajuk media Itali, Tuttosport dan ianya begitu lama telah diperkatakan mereka mengenai kaitan perpindahan melibatkan pemain itu.

Mereka turut memuji prestasi pemain tersebut ketika perlawanan menentang Bayer Leverkusen dalam saingan Liga Juara-Juara, dan mendakwa bahawa Old Lady tidak lama lagi akan menerima beberapa tawaran untuk pemain itu.

Terdapat senarai panjang mengenai kelab yang dikatakan berminat terhadap pemain itu, termasuklah Arsenal, Chelsea, Manchester United, Tottenham dan Milan.

Kelab Liga Perdana Inggeris dilihat sebagai pasukan yang paling kuat dalam perlumbaan untuk mendapatkan Maret kerana kuasa kewangan yang dimiliki berbanding kelab liga lain.

Dan sebab itulah menurut laporan tersebut, mereka mengatakan bahawa Juventus akan menerima tawaran yang sukar untuk ditolak.

Juventus pula masih tidak pasti mengenai perancangan mereka terhadap pemain itu, sama ada mereka patut menjualnya ataupun tidak.

Laporan Tuttosport.

Malah, kelab itu juga tidak menjangkakan pemain yang dibeli dengan nilai €18 juta dari Sassuolo musim panas lalu akan menarik perhatian beberapa kelab besar.

Perkembangan itu menyebabkan Old Lady hanya menantikan dan menunggu untuk melihat bagaimana pasaran Januari mengenai pemain itu.

Dan sekiranya tawaran menarik dan berbaloi diterima mereka, Juventus mungkin mempunyai rancangan baru untuk pemain pertahanan berusia 21 tahun itu.

Arsenal dan Tottenham adalah kelab Inggeris yang paling kuat dikaitkan, dengan Chelsea kini diseret kerana larangan perpindahan mereka sudah pun berakhir.

About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment