Arsenal ingin dapatkan Kevin Volland, tambah pilihan di bahagian serangan

Kevin Volland

Pemain Bayer Leverkusen, Kevin Volland berada dalam senarai pemain yang dimahukan oleh Mikel Arteta dalam perpindahan pemain Januari ini.

Pencari bakat kelab telah memerhatikan aksi Volland dalam beberapa perlawanan sebelum ini, dan mungkin akan menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh ketua jurulatih baru the Gunners, Mikel Arteta.

Pemain Jerman ini mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya sekarang bersama kelab Bundesliga tersebut, dan the Gunners mahu membuat tawaran yang berbaloi untuk mendapatkannya.

Posisi asalnya adalah penyerang utama, namun boleh juga bermain di posisi penyerang kedua atau sayap kanan, walau dia merupakan seorang pemain kaki kidal.

Volland menyertai Leverkusen dari Hoffenheim pada 2016, membuat 133 penampilan dalam semua pertandingan setakat ini dan sudah menjaringkan 45 gol.

Secara keseluruhan karier kelab setakat ini, dia telah menjaringkan 101 gol dalam 337 penampilan untuk tiga kelab yang pernah disertainya iaitu TSV 1860 Munich, Hoffenheim, dan Bayer Leverkusen.

Be the first to comment