Connect with us

Arsenal

Arsenal dijangka tawarkan €10 juta untuk Karim Adeyemi.

Published

on

Dengan penyerang tersebut dikatakan telah lama berada dalam pemerhatian The Gunners.

Arsenal boleh meneruskan rancangan untuk menandatangani pemain muda RB Salzburg, Karim Adeyemi dengan tawaran €10 juta yang disokong oleh pengurusan kelab.

Itulah apa yang diperkatakan – menurut Todo Fichajes, yang mengatakan minat The Gunners terhadap penyerang itu tidak berubah walaupun pemecatan Unai Emery.

Laman web itu mendakwa Arsenal berhasrat untuk terus mengekalkan sasaran terhadap pemain muda itu untuk kepentingan masa depan.

Advertisement

Pemain berusia 17 tahun itu yang menghabiskan musim ini bersama FC Liefering secara pinjaman telah menjaringkan lapan gol dan tujuh bantuan gol dalam 13 perlawanan setakat ini.

Laporan itu menyatakan bahawa Adeyemi telah lama berada dalam radar pemerhatian Arsenal.

Dan turut dikatakan Arsenal kini dalam usaha melakukan tawaran dan akan menawarkan Leipzig sebanyak €10 juta untuk membawanya ke Liga Perdana.

Pun begitu, ia tidak dinyatakan sama ada jumlah tersebut diterima (dipersetujui) Salzburg untuk melepaskan penyerang muda itu kepada Arsenal.

Advertisement

Bulan lalu, laporan turut mengatakan bahawa selain The Gunners, Liverpool dan Barcelona turut berminat mendapatkan penyerang ini.

Dan turut melaporkan dimana tawaran Barca berjumlah € 15 juta ditolak Salzburg.

Dengan tawaran €10 juta yang akan dibuat Arsenal, adakah ia akan diterima pihak Jerman?

Advertisement