Arsenal melengahkan masa untuk wang lebih.

Granit Xhaka
Xhaka mahukan perpindahan Januari, Arteta pula sedia lepaskan pada penghujung musim.

Terdahulu, kami melengkapkan dakwaan yang dibuat oleh ejen Granit Xhaka, Jose Noguera bahawa pemain tengah Arsenal telah bersetuju dengan Hertha Berlin.

Dan sekarang ianya bergantung kepada Arsenal dan kelab Jerman itu untuk mencapai persetujuan bagi melengkapkan perpindahan tersebut.

Noguera bercakap kepada Blick dan mereka juga melaporkan pengendali baharu The Gunners, Mikel Arteta memberitahu pemain berusia 27 tahun itu secara peribadi bahawa dia boleh meninggalkan kelab utara London pada musim panas, walaupun secara umum memuji dia.

Media Swiss itu menambah, dimana perkembangan itu telah menimbulkan kemarahan Xhaka yang mahukan perpindahan berlaku pada Januari ini dan bukannya pada penghujung musim.

Bild juga dilaporkan telah bercakap dengan wakil pemain antarabangsa Switzerland dan Noguera menyatakan mereka telah meminta kebenaran Arsenal untuk membenarkan kliennya itu menyertai Hertha.

Walau bagaimanapun, Arteta tidak mempunyai rancangan untuk membiarkan Xhaka meninggalkan Emirates kerana dia bergantung pada pemain itu dalam membina kembali Arsenal.

Bild sekali lagi mengulangi dakwaan yang dibuat oleh Blick bahawa Arteta telah memberitahu Xhaka secara peribadi bahawa dia boleh meninggalkan kelab selepas musim ini.

Mereka juga menambah tindakan Arsenal itu telah ‘menjengkelkan’ wakil pemain dan mereka percaya pihak Arsenal ‘tidak mematuhi perjanjian’.

Laporan itu juga mencadangkan Arsenal kini sedang ‘bermain’ dengan Xhaka dan Hertha untuk ‘menaikkan’ yuran perpindahan.

Dengan ejen Xhaka secara terbuka mengesahkan bekas pemain Bundesliga itu mahu meninggalkan Arsenal, mampukah Arteta mengekalkan pemain itu yang dianggap penting dalam pasukan dan sebelum ini juga beliau (Arteta) secara terbuka mengakui beliau mengagumi pemain tersebut.

About MyGooners 886 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment