Connect with us

Arsenal

Arsenal pantau perkembangan pemain untuk beberapa ketika.

Published

on

Pengurus pasukan kebangsaan hantar mesej perpindahan Januari.

Sejak mengalami kekalahan 1-0 kepada Mallorca pada bulan Oktober, Real Madrid masih belum tewas dalam semua pertandingan setakat ini.

Dan James Rodriguez hanya membuat satu penampilan dalam lapan perlawanan terakhir, sebahagiannya disebabkan kecederaan dan bukannya disebabkan prestasi pemain itu yang tidak baik.

Calciomercato mendakwa pengurus Colombia, Carlos Queiroz mendesak pemain berusia 28 tahun itu supaya meninggalkan Los Blancos untuk mencari peluang beraksi lebih kerap supaya pemain tengah menyerang itu dapat memperolehi tempat dalam pasukan kebangsaan bagi saingan Copa America yang akan berlangsung pada musim panas nanti.

Advertisement

Minat dari Liga Perdana ditonjolkan oleh laman web Itali itu dengan menamakan Arsenal dan Manchester United sebagai pasukan yang berminat mendapatkan pemain itu.

Ia mendakwa bahawa The Gunners telah memantau keadaan bekas pemain AS Monaca di Real Madrid untuk beberapa waktu.

Selain daripada Arsenal dan kelab Manchester United, Juventus dan Napoli juga disebut dalam laporan itu.

Hubungan baik kelab Turin dengan agen Rodriguez, Jorge Mendes boleh membuat perbezaan jika Juve mempertimbangkan untuk menandatangani pemain Amerika Selatan itu.

Advertisement

Napoli, yang berminat dengan terhadap pemain itu pada jendela perpindahan baru-baru ini, dikatakan boleh merancang satu pendekatan dengan perjanjian pertukaran yang mungkin melibatkan Rodriguez dan Fabian Ruiz.