Arsenal sasar dapatkan Antonio Zarzana untuk Mikel Arteta

Arsenal mahu cuba mendapatkan pemain remaja Sevilla, Antonio Zarzana pada musim perpindahan pemain pada Januari 2020.

Dia telah menarik minat beberapa kelab besar Eropah seperti Liverpool, Real Madrid, dan Bayern Munich sejak beraksi dengan baik untuk skuad bawah 18 tahun Sepanyol dalam Kejuaraan Antarbangsa Algarve.

Dia pernah menolak tawaran untuk menyertai Real Madrid pada tahun lepas kerana mahu bersaing mendapatkan tempat dalam skuad utama Sevilla.

Antonio Zarzana beraksi untuk skuad bawah 18 tahun Sepanyol

BIODATA RINGKAS ANTONIO ZARZANA

Nama penuh: Antonio Zarzana Perez
Tarikh dan tempat lahir: 21 Mei 2002 di Jerez de la Frontera, Sepanyol
Warganegara: Sepanyol
Posisi: Attacking midfielder

Zarzana mungkin akan menjadi pemain pertama yang ditandatangani Mikel Arteta, andai pembantu pengurus Manchester City itu bersetuju untuk menjadi pengurus baru Arsenal.

Khabarnya rundingan terakhir masih lagi dilakukan di antara Arteta dengan Arsenal.

Dia masih belum membuat debut skuad senior Sevilla, dan belum menjadi pemain permulaan perlawanan untuk pasukan Sevilla Atletico, pasukan simpanan kelab Sepanyol itu.

Pemain berusia 17 tahun ini membuat debut Sevilla Atletico apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada musim lepas.

Be the first to comment