Arsenal telah membuat tawaran untuk menandatangani pengganti Emery, Vítor Pereira.

Vitor Pereira
Pengurus tersebut mengatakan tawaran dari Arsenal telah berada ‘di tangannya’.

Menurut dakwaan dari Portugal pada hari Rabu, pengurus Shanghai SIPG itu dikatakan telah menerima tawaran dari pihak Arsenal mengenai peranan yang kini kosong di Emirates selepas Unai Emery dipecat.

Laporan Diário de Notícias mengatakan bahawa tawaran Arsenal kepada Vítor Pereira telah pun berada ditangan pengurus tersebut dengan keputusan masih lagi belum dibuat dan dijangka dalam beberapa hari lagi untuk memutuskannya.

Pereira baru-baru ini menolak peluang untuk mengemudikan Everton, walaupun membuat pengakuan jelas bahawa dia berminat untuk ke Liga Perdana Inggeris.

Dan sekarang laporan itu menggambarkan bahawa tugas mengendalikan The Gunners jauh lebih menarik daripada Toffees.

Ia menyebut dimana tawaran itu dapat meyakinkan pengurus berusia 51 tahun itu untuk meninggalkan pasukan China.

Bagaimanapun laporan Diário De Notícias itu tidak menjelaskan dakwaan tersebut ekslusif atau tidak.

Dan ia boleh dikatakan bahawa sumber itu mungkin datang dari mereka sendiri atau hanya dengan mengolah dan mencampurkan apa yang mereka baca di media antarabangsa.

Pun begitu kebiasanya, laporan mereka akan menjelaskan sumber yang sahih daripada mana dakwaan itu diambil untuk diterbitkan.

Namun kali ini ianya tidak berlaku dalam laporan mereka.

Yang pasti, Vítor Pereira bukanlah calon terbaik yang menjadi pilihan untuk dua kelab Inggeris itu ( pengganti kekosongan Arsenal dan Everton ).

Mungkin dakwaan daripada media Portugal itu bertujuan memberikan tekanan kepada Shanghai SIPG, memandangkan kontrak pengendali tersebut berada ditahun terakhir bersama kelab China itu

About MyGooners 861 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment