Connect with us

Arsenal

Arsenal terpaksa tunggu musim depan untuk gunakan khidmat Pochettino.

Published

on

Mauricio Pochettino tidak boleh mengendalikan mana-mana pasukan Liga Inggeris sehingga musim depan.

Arsenal yang dikaitkan dengan bekas pengedali Tottenham ini hanya mampu mendapatkan khidmat Pochettino pada musim panas ini, mengikut laporan.

Laporan Mirror mengatakan bahawa terdapat kemungkinan yang semakin meningkat bahawa Mauricio Pochettino akan menjadi pengendali di Arsenal.

Mereka percaya dimana Pochettino mampu menyesuaikan diri dan menepati ciri-ciri yang diperlukan, dari segi pembangunan pemain muda, gaya permainan dan latihan serta komunikasi.

Advertisement

Walau bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, West Ham United juga cuba mendapatkan khidmat bekas pengendali Tottenham itu bagi menggantikan Manuel Pellegrini.

West Ham dilaporkan mahu menggantikan Manuel Pellegrini dengan Pochettino.

Namun Pochettino telah menolak tawaran mereka dan dilaporkan bahawa beliau telah memberitahu mereka di mana beliau tidak dapat bekerja untuk kelab Inggeris sehingga musim panas.

Sekiranya Arsenal berhasrat mahu mendapatkan Pochettino, sudah tentu mereka terpaksa bergantung kepada Freddie Ljungberg sehingga itu.

Mampukah Freddie Ljungberg mengendalikan Arsenal sehingga akhir musim ini?

Dan kita semua tahu bahawa Arsenal sedia untuk melakukan itu (memberikan Ljungberg sehingga akhir musim ini).

Namun persoalan timbul adakah pengendali sementara Arsenal ini mempunyai lesen yang membolehkan beliau berbuat demikian?

Tindakan Pochettino yang mahu mengendalikan tugasnya bermula musim depan (seandainya mengendalikan kelab Inggeris) dipercayai mempunyai kaitan dengan bayaran pampasan yang diterimanya daripada Spurs.

Advertisement

Laporan terdahulu menyatakan bahawa Pochettino menerima bayaran pampasan sebanyak £ 12.5 juta dari Spurs, tetapi dengan syarat dimana beliau tidak menguruskan mana-mana kelab Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pochettino dilaporkan tidak menghadapi masalah mengemudikan Arsenal walaupun pernah membimbing Spurs.