Connect with us

Arsenal

Arsenal ‘tidak selera’ dengan tawaran € 30 juta.

Published

on

Tawaran sebanyak 30 juta euro yang dikemukakan Napoli untuk dapatkan Torreira dilaporkan gagal membangkitkan selera Arsenal.

Malah Arsenal dilaporkan ‘menunggu pemain mengatakan sesuatu’, perlu meyakinkan sebelum keputusan dibuat.

Minggu lalu, Gazzetta dello Sport mendakwa Napoli telah membuat tawaran untuk mendapatkan Lucas Torreira, yang tidak mempunyai masa terbaik di Arsenal musim ini.

Kelab Serie A itu memutuskan untuk mencuba nasib mereka dengan melakukan (menawarkan) kontrak pinjaman 18 bulan dan membayar €3 juta sebagai pendahuluan.

Advertisement

Malah ianya juga disertakan dengan klausa pembelian wajib pada penghujung tempoh pinjaman bernilai €27 juta.

Namun pada masa itu, Arsenal masih belum memberikan sebarang jawapan dan Napoli masih menunggu untuk mengetahui apakah respon yang akan dikeluarkan dari London.

Dan sekarang, mereka telah mendapat apa yang ditunggu dengan Arsenal telah mengeluarkan jawapan namun ianya amat mengecewakan mereka, menurut laporan terbaru Gazzetta dello Sport.

Laporan Gazzetta dello Sport 20 Disember 2019

Arsenal jelas ‘tidak berselera’ dengan nilai tawaran yang dikemukakan mereka itu, namun begitu ia tidak mengatakan bahawa The Gunners telah menolak sepenuhnya permintaan mereka.

Pihak Arsenal dilaporkan sedang menunggu Torreira untuk mengatakan sesuatu, kerana difahamkan pemain itu ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perancangan yang sedang dijalankan di Naples di bawah Gennaro Gattuso.

Advertisement

Pada asasnya, seperti yang dinyatakan oleh Gazzetta, perjanjian itu mungkin sedang menuju ke penamat tetapi kemungkinan peluang untuk mencapai kesepakatan tetap terbuka, menjadikan Napoli ‘optimis’ mengenai perpindahan ini.

Mereka hanya perlu meyakinkan Torreira bahawa perpindahan ke Naples akan menjadi kepentingan terbaiknya pada Januari nanti.

Advertisement