Connect with us

Arsenal

Arsene Wenger jelaskan perubahan drastik Arsenal.

Published

on

Perubahan yang berlaku dalam tempoh beliau bersama Arsenal yang dirasakan semakin menjarakkan dirinya bersama kelab.

Dengan kita semakin meninggalkan 2019, banyak perkara menarik mengenai dunia bolasepak bakal diperkatakan untuk sepanjang dekad ini.

Terlalu banyak perubahan dalam dunia bolasepak terutamanya Liga Perdana Inggeris.

Gaya permainan bolasepak yang ditampilkan dalam Liga Perdana Inggeris juga semakin berubah dengan menyaksikan kehadiran Pep Guardiola atau Jurgen Klopp, dengan masing-masing tampil dengan gaya tersendiri dalam menyesuaikan diri dalam Liga Inggeris.

Advertisement

Sepanjang tempoh itu juga kita melihat dua dinasti berakhir iaitu Sir Alex Ferguson di Manchester United dan Arsene Wenger di Arsenal.

Dan kedua-dua kelab itu terus bergelut untuk bernafas dalam mencari rentak bersama pengganti-pengganti kedua-dua pengurus terhebat itu.

Jika Ferguson berundur secara baik di Old Trafford, Wenger pula sedikit berbeza dimana cara pengunduran beliau kelihatan kurang cantik.

Tidak dapat dinafikan bahawa Wenger telah banyak menyumbang kepada kelab dengan begitu banyak pembaharuan dilakukan beliau terhadap Arsenal.

Advertisement

Setelah melebihi dua dekad membina Arsenal, Wenger akhirnya berundur setelah desakan begitu tinggi untuk melihat beliau meninggalkan Emirates serta beliau juga tidak sanggup untuk melihat kelab kesayangannya itu hancur binasa.

Bercakap kepada So Foot, Wenger mendedahkan dimana perubahan kelab pada hari ini telah banyak berubah dan ianya juga telah menjarakkan dirinya bersama kelab.

Hari ini, saiz kelab kadang-kala menghalang mereka daripada menjaga budaya kecemerlangan.

Ketika saya tiba di Arsenal, kami hanya 80 orang.

Ketika saya pergi, ada 750, dan ketika ada 750 orang dalam satu organisasi, masing-masing berfikir tentang menyelamatkan diri masing-masing daripada cuba membaiki [keadaan].

Advertisement

“Saya fikir ada tahap refleks untuk saya: bagaimana anda mahu kekalkan keinginan untuk berjaya? Sehingga ke tahap 150 [jumlah staff], saya fikir anda boleh kekal sebagai manusia. Anda masih tahu [kenal] nama isteri, anak-anak dan sebagainya.

Penyesalan saya di Arsenal adalah dari saiz manusia hingga tidak berperikemanusiaan, dengan bebanan pentadbiran yang lebih berat.

Semuanya berkembang dengan pantas.

Sepuluh tahun yang lalu, anda akan melihat seorang pemain yang baik, anda akan mendapatkan dia, memberi dia tracksuit dan dia akan menjadi sebahagian daripada pasukan.

Advertisement

Itu sudah lama berlalu. Sekarang, jika anda mahu physio baru, anda akan melalui 300 permohonan.

Itulah bagaimana, di Arsenal, sedikit demi sedikit, saya merasakan kelab semakin jauh dari saya … ”

Kata-kata yang sangat menarik daripada The Prof dan memikirkan kembali, ada benar apa yang diluahkan beliau itu.

Bukan sahaja Arsenal, malahan apabila kita melihat pasukan seperti Manchester United pun kini diuruskan seperti perniagaan, demi keuntungan semata-mata berbanding daripada menjadi sebuah kelab bolasepak.

Advertisement

Tindakan mereka itu membawa kepada kekecewa peminat, begitu juga dengan Arsenal.

The Gunner yang kita kenali lebih banyak mengaut keuntungan namun masih enggan berbelanja untuk membentuk pasukan yang mampu bersaing.

Setelah kantung kewangan semakin menyusut (untung berkurangan), barulah dapat dilihat mereka (pihak pengurusan) mula mengeluarkan belanja besar demi meraih keuntungan yang lebih besar.

Namun penulis juga mengakui dimana pada era kini, bolasepak adalah perniagaan dan apabila ianya adalah perniagaan, sudah tentu keuntungan menjadi keutamaan.

Pun begitu, ianya haruslah selari dengan keinginan peminat yang dahagakan kejayaan selain kenikmatan dalam menonton perlawanan.

Advertisement