Arsenal
Arsene Wenger pertahan Mesut Ozil.
Published
4 years agoon
Ozil telah mengkritik umat dan negara Islam yang membisu mengenai penindasan masyarakat Muslim Uighur di China.
Selain mempersoalkan tindakan membisu negara-negara Islam, Ozil turut mengutuk tindakan kejam ke atas etnik Muslim Uighur yang menimbulkan kemarahan penduduk dan kerajaan China.
Arsenal pula mengambil sikap berkecuali dan enggan mencampuri urusan tersebut serta membuat pengumuman pada media sosial China, Weibo dengan mengatakan bahawa itu adalah pandangan peribadi Ozil.
Walaupun bagaikan tidak mendapat sokong Arsenal, namun tindakan Ozil itu berjaya menarik perhatian NGO – Amnesty International , sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi dunia.
Tekini, Ozil turut mendapat sokongan daripada bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang tampil mempertahankan komen Mesut Ozil itu.
“Mesut Ozil mempunyai kebebasan bersuara seperti orang lain dan dia menggunakan reputasinya untuk menyatakan pendapat yang tidak selalu dikongsi oleh semua orang, tetapi dia berhak melakukan sedemikian.
“Anda seorang manusia, mempunyai pendapat dan apabila anda bermain bolasepak, anda komited bermain.
“Anda melakukan tugas terlebih dahulu dan ia perlu dihormati,” kata Wenger kepada wartawan di Doha.
Ozil dari Jerman berketurunan Turki, mengutuk tindakan kejam China terhadap minoriti Muslim di wilayah barat Xinjiang menerusi laman sosial Instagram miliknya minggu lepas.
“Apa yang penting adalah Ozil melakukan tanggungjawab secara individu.
“Dia tidak membawa nama Kelab Bola Sepak Arsenal, jadi apa yang dikatakannya adalah mengenai dirinya sendiri dan bukan Arsenal.
“Apabila anda membuat komen mengenai pendapat individu anda, anda sedia untuk menerima akibatnya ” tambah Wenger.
Wenger yang kini berusia 70 tahun, berada di Qatar selepas dilantik sebagai Ketua Pembangunan Bolasepak Dunia, FIFA.
You may like
-
2 sebab mengapa Arsenal mampu menjuarai EPL.
-
Jesus pecahkan rekod Arsenal milik Mesut Ozil.
-
Arsene Wenger dedahkah punca sebenar permusuhannya dengan Chelsea.
-
Mesut Ozil telah disingkirkan daripada skuad Fenerbahce.
-
Mike Riley hancurkan perjalanan tidak terkalah Arsenal.
-
Vieira sentiasa berhubung dengan Wenger minta nasihat.
You must be logged in to post a comment Login