Arsene Wenger sokong Mikel Arteta untuk tugas di Arsenal.

Arsene Wenger iktiraf Mikel Arteta layak mengemudikan Arsenal
Bekas pengurus Arsenal telah menyatakan sokongan beliau kepada Arteta untuk tugas pengendali dan menolak dakwaan mengenai kekurangan pengalaman yang dihadapi pembantu Pep Guardiola itu.

Arteta kini dilaporkan semakin hampir untuk mengambil alih tugas di Emirates dan akan mencipta sejarah dalam kariernya sebagai pengurus ataupun ketua kejulatih semenjak bersara daripada menjadi pemain bolasepak.

Laporan ketika ini bagaimanapun mengatakan bahawa The Gunners masih belum setuju dengan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Manchester City bagi mendapatkan Arteta dengan segera.

Bekas kapten Arsenal ini telah berkhidmat sebagai pembantu kepada Pep Guardiola di City dan terdapat kerisau mengenai kekurangan pengalaman Arteta yang akan menguruskan kelab yang sedang bergolak.

Beliau 18 bulan yang lalu merupakan antara calon pilihan untuk menggantikan Arsene Wenger, namun pihak pengurusan Arsenal akhirnya memilih Unai Emery, yang kemudiannya dipecat bulan lalu.

Bagaimanapun, Arteta telah mendapatkan pengiktirafan daripada Arsene Wenger mengenai perlantikan beliau (sekiranya dipilih) menjadi pengendali baharu The Gunners.

Wenger sangat memuji Arteta apabila dia pertama kali dikaitkan dengan peranan tersebut dan menegaskan bahawa bekas kapten Arsenal ini layak untuk mengendalikan kelab London itu.

“Dia mempunyai semua ciri-ciri untuk melakukan pekerjaan itu,” kata Wenger pada 2018.

Dan saya juga melihat bahawa dia adalah salah satu calon kegemaran [menggantikan saya].

Dia seorang pemimpin.

Dia mempunyai semangat yang baik untuk perlawanan.

Dia tahu apa yang penting untuk kelab.

Dia adalah kapten kelab. Jadi, mengapa tidak?

Ketua Eksekutif Arsenal mengadakan pertemuan lewat malam di rumah Arteta pada malam Ahad, dilaporkan mereka dalam usaha memperkemaskan perjanjian bagi membawa Arteta ke Emirates.

BACA: Para eksekutif Arsenal bertemu Mikel Arteta.

Pihak Arsenal difahamkan berharap dapat mencapai persetujuan dengan Arteta minggu ini, tetapi City pula dilaporkan marah dan berang kepada The Gunners yang tidak memaklukam dan melakukan hubungan rasmi sebelum bertemu dengan pembantu mereka itu.

BACA: Manchester City benggang dengan Arsenal berhubung pendekatan Mikel Arteta.

Bagaimanapun kisah perlantikan Arteta yang semakin kuat dan hampir menjadi kenyataan menyebabkan timbul kebimbangan dari skuad Arsenal, dengan beberapa pemain dikatakan telah meminta dan mendesak pihak pengurusan untuk mempertimbangkan semula (mengenai Arteta).

BACA: Pemain Arsenal desak BOD untuk tidak melantik Mikel Arteta dan meminta Carlo Ancelotti.

Malah mereka (para pemain The Gunners) dilaporkan bersetuju bahawa mereka memerlukan jurulatih yang berpengalaman dan meminta Carlo Ancelotti diberikan tugas tersebut berbanding Arteta.

Pemain Arsenal dilaporkan meminta BOD Arsenal memilih Ancelotti
About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment