“Arteta dan saya mempunyai hubungan yang sama” – Edu

Edu memuji hubungannya dengan ketua jurulatih baharu Arsenal, Mikel Arteta.

Ia diumumkan pada hari Jumaat bahawa bekas kapten pasukan akan bertanggungjawab mengendalikan The Gunners bermula hari Ahad.

Salah seorang individu yang terlibat dalam pemilihan itu adalah pengarah teknikal pasukan, Edu Gaspar.

Dan beliau jelas gembira dengan keputusan pemilihan yang dilakukan itu dimana hasil perbincangan mereka berempat (Raul Sanllehi, Huss Fahmy dan Vinai Vinkateshem), akhirnya bersetuju memilih Arteta.

Perbualan pertama saya dengan Mikel melalui telefon adalah hebat,” kata Edu kepada Arsenal Player.

Sejujurnya, kami tidak bercakap tentang skuad, kami bercakap mengenai apa yang saya benar-benar percaya adalah asas, organisasi.

Kami bercakap tentang kemanusian, kami bercakap tentang disiplin, itu adalah perbualan pertama kami.

Kemudian kami bertemu selepas itu, pertemuan yang sangat penting, dia mula menunjukkan kepada kami pengetahuannya mengenai bolasepak, idea-idea … semangatnya juga, yang mana ianya begitu hebat.

Hubungannya dengan kelab juga penting untuk diri kita. Begitu banyak, banyak perkara yang membuatkan kita berasa sangat selesa dengan keputusan itu.

Apa yang bagus juga ialah apabila anda melihat semua calon, apabila kami memulakan proses, kesemua mereka adalah jurulatih yang sangat hebat dan orang yang sangat baik dan mereka mempunyai pengalaman yang sangat bagus dalam bolasepak tetapi kami telah bercakap tentang … ia adalah perasaan.

Kerana apabila anda dalam perbincangan, mereka tentu saja mempunyai pengalaman yang sangat hebat, dan kemudian kita lihat mungkin kerana kita akan berkata, ‘Oh, kita mempunyai hubungan’ dan itu telah bermula dari awal dengan Mikel. ”

Edu merupakah salah seorang pemain yang menganggotai pasukan The Invincibles Arsenal

Edu Gaspar merupakan pemain Arsenal yang beraksi dari 2001-2005 dan Arteta pula menyertai The Gunners enam tahun kemudian, selepas Edu meninggalkan kelab (Arteta beraksi untuk Arsenal dari 2011–2016).

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment