Connect with us

Arsenal

Arteta kekal calon utama untuk kekosongan di Arsenal.

Published

on

Penolong jurulatih Manchester City dan bekas pemain The Gunners, Mikel Arteta kekal sebagai calon utama untuk tugas ketua jurulatih, menurut laporan.

Laporan Goal, mendakwa bahawa Mikel Arteta ‘tetap menjadi calon utama’ untuk mengisi kekosongan di Arsenal, walaupun terdapat beberapa pengurus lain turut dikaitkan dengan peranan tersebut.

Malah khabar angin mengenai perbincangan Arsenal dengan bekas pengendali Valencia, Marcelino dan bekas pengurus Napoli yang baru dipecat, Carlo Ancelotti terus diperkatakan.

Begitu juga dengan bekas ketua jurulatih Bordeaux, Paulo Sousa yang turut dikaitkan dengan kekosongan di Emirates.

Advertisement

Namun setakat ini tiada satu pun yang menjurus kepada kesahihan mengenai perlantikan tersebut atau sekurang-kurangnya menyakinkan kita.

Laporan Goal itu menyatakan bahawa The Gunners berminat mencari calon yang lebih muda daripada Ancelotti dengan Marcelino dan Sousa bukan calon utama.

Goal has been told that Arsenal’s priority is a younger coach, but that a figure like Ancelotti can’t be ruled out given his wealth of experience at the top level where he has managed clubs such as Juventus, AC Milan, Real Madrid and Bayern Munich.

Patrick Vieira kelihatan calon yang lebih menarik untuk pihak pengurusan Arsenal pertimbangkan namun Arteta tetap berada di hadapan (senarai calon utama).

Mikel Arteta remains the leading candidate to replace Emery, but Manchester City would be reluctant to let Pep Guardiola’s assistant coach leave before the end of the season.

Pun begitu, Arsenal ketika ini bagaikan sedia memberi peluang kepada Ljungberg untuk menghabiskan saingan musim ini.

Advertisement

Pengendali sementara itu memenangi perlawanan pertamanya sebagai jurulatih pada awal minggu ini, namun awal pagi esok, ujian lebih berat buat Ljungberg bagi memastikan kemaraan Arsenal ke peringkat seterusnya dalam saingan Liga Europa apabila menentang Standard Liege.

Dan selepas itu, ujian kedua buat Ljungberg apabila menentang Manchester City.

Jelas tugas yang dipikul beliau ketika ini bukanlah mudah dengan skuad bimbingannya turut ditimpa kecederaan.

Semoga Ljungberg dan Arsenal menghasilkan yang terbaik.

Advertisement