Connect with us

Arsenal

Arteta perlukan sokongan peminat dan penyokong di Emirates.

Published

on

Mikel Arteta telah memuji kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan penyokong ketika perlawanan menentang Bournemouth.

Malah beliau turut menyeru agar peminat dan penyokong The Gunners hadir ke Stadium Emirates bagi perlawanan pertamanya di halaman sendiri selaku pengendali pasukan.

Arsenal akan menerima kunjungan seteru London, Chelsea esok bagi perlawanan liga yang memasuki pusingan kedua (perlawanan ke-20).

Dan Arteta menegaskan adalah penting buatnya untuk melihat sokongan daripada peminat dan penyokong di Stadium Emirates dalam usaha beliau mencipta kemenangan selain membina kembali Arsenal.

Advertisement
Arteta menghargai peminat dan penyokong, mahukan hubungan positif antara pemain dan mereka diteruskan secara postif.

Hubungan peminat dan penyokong bersama pasukan Arsenal dilihat semakin jauh dan regang, dengan suasana tegang diantara kedua-dua pihak.

Arteta berharap dan yakin untuk memulihkan hubungan itu dan mengembalikan hubungan serta suasana positif di Arsenal yang turut melibatkan penyokong dan peminat.

Saya rasa tenaga (kekuatan) adalah segalanya, dalam kehidupan dalam bolasepak dan dalam sukan,” kata Arteta.

Jika kita dapat menjana ini, ia akan memberi kita kelebihan dan membantu kita.

Saya sangat gembira dengan cara dan bagaimana para penyokong memberi sokongan kepada pemain [di Bournemouth] dan saya gembira kerana para pemain pergi berjumpa mereka [peminat dan penyokong] selepas perlawanan itu juga, kerana kami sememangnya memerlukan hubungan itu.

Perlahan-lahan, kita perlu membinanya semula sebagaimana ianya pernah wujud dahulu.

Advertisement

Ia adalah sangat penting untuk kita semua dan kita akan menjadi lebih kuat lagi.

Kami bermain untuk [peminat]. Pada penghujung hari, mereka mengharapkan banyak daripada kami.

Kami perlu memberikan mereka keseronokan, kita perlu membuat hidup mereka lebih baik dan apabila kita menang, ia akan menjadi lebih baik kerana mereka akan lebih bahagia, tanggungjawab kita dan kita perlu melakukan segala yang kita mampu untuk mencapai itu. ”

Advertisement