Arteta tidak mahu kehilangan Xhaka.

Ketua Jurulatih Arsenal sifatkan Xhaka adalah seorang pemain hebat.

Granit Xhaka bukanlah pemain yang digemari oleh sebahagian penyokong dan peminat Arsenal, malah beliau disifatkan sebagai pemain yang kurang memberikan kesan kepada pasukan.

Terlalu banyak kecaman dan hinaan dilontarkan kepada beliau sehingga insiden yang menyaksikan beliau turut membalas kritikan penyokong yang menyebabkan beliau kehilangan peranan kapten pasukan.

Tahap kemarahan dan kebencian penyokong Arsenal terhadap Xhaka begitu kuat.

Rasa tidak senang peminat dan penyokong Arsenal terhadap Xhaka begitu kuat sehingga terdapat desakan untuk melihat pemain itu dijual/dilepaskan oleh Arteta, yang baru mengambil alih The Gunners.

Pun begitu, Arteta menegaskan bahawa beliau sememangnya meminati pemain kebangsaan Switzerland itu dan tidak mahu kehilangannya pada jendela perpindahan Januari ini.

Mikel Arteta memberitahu bahawa Granit Xhaka merupakan seorang pemain yang hebat dan masa depan pemain itu sememangnya berada bersama Arsenal, meskipun laporan di Jerman mengaitkan dengan perpindahan ke Hertha Berlin.

Ketua Jurulatih Arsenal itu juga mendedahkan bahawa Xhaka adalah sasaran perpindahan berpotensi untuk Pep Guardiola dan Manchester City sebelum pemain itu berpindah ke utara London.

Xhaka, baru-baru ini telah kembali semula dalam skuad utama Arsenal selepas ‘digugurkan’ selama sebulan ekoran insiden makian beliau kepada penyokong.

Beliau telah memulakan empat perlawanan pada bulan Disember dengan Arteta sendiri telah menonton aksinya di Goodison Park, yang mana Xhaka telah memberikan persembahan menarik dan berada dalam senarai salah seorang pemain terbaik Arsenal ketika seri tanpa jaringan menentang Everton.

Rating pemain Everton dan Arsenal, statistik WhoScored.

Semangat dan moral Xhaka dilihat kembali pulih setelah teruk dihentam, ini mungkin dibantu oleh keadaan pengurusan kelab yang mengalami perubahan sekali lagi setelah Unai Emery tidak lagi mengemudikan pasukan (dikendalikan oleh Ljungberg).

Dan Arteta percaya bahawa beliau dapat membina kembali Arsenal dengan pemain yang dipandang tinggi itu, selain sedia memberi sokongan dan bantuan bagi mengembalikan kehebatan Xhaka.

Pada masa Arteta menyertai kakitangan kejurulatihan Manchester City bersama Guardiola pada Julai 2016, Xhaka telah menandatangani kontrak bersama Arsenal dari Borussia Monchengladbach dengan City pula menandatangani Ilkay Gundogan untuk posisi pemain tengah pada barisan tengah kelab itu.

Guardiola memilih Gundogan, namun Xhaka berada dalam senarai Arteta ketika bersama City.

Tetapi Arteta menjelaskan bahawa pemain antarabangsa Switzerland itu adalah antara yang dipertimbangkan Guardiola dan City untuk dibawa masuk ke Etihad.

Apabila saya pergi ke City dari Arsenal untuk mula melatih dan kami sememangnya mencari [pemain] pada kedudukan itu, dia adalah salah seorang pemain dalam senarai saya,” kata Arteta.

Itulah yang saya suka dengannya. Saya gembira apabila Arsenal menandatanganinya kerana saya fikir dia akan menjadi pemain hebat.

Dia telah melakukan beberapa perkara yang sangat hebat dan sekarang dia terperosok ke dalam situasi yang sangat sukar, saya fikir, ianya semakin berkembang dan terus berkembang dan berkembang, dan pada suatu hari, ia pasti meletup.

Boom!!! Xhaka pernah mendapat pujian melangit dari peminat dan penyokong Arsenal satu ketika dahulu.

Tetapi saya juga kagum dengan bagaimana hubungan ini mula kembali baik dan saya fikir peminat dan penyokong juga kembali positif tentangnya [mengenai Xhaka].

Jelas sekali sukar untuk mengubah sepenuhnya senario dari mana dia menjadi yang luar biasa dengan apa yang berlaku ketika ini.

Tetapi saya fikir kita berada dalam landasan yang betul dengannya

“Semangat yang hilang, kita cari pulang” – XPDC

Arteta juga ditanya sama ada beliau telah bercakap dengan Xhaka mengenai masa depannya di Emirates setelah dikatakan pemain itu ingin menyertai Jurgen Klinsmann di Hertha Berlin.

Dan pengendali Arsenal itu mengatakan dia telah memberitahu pemain berusia 27 tahun itu bahawa dia [Xhaka] boleh menjadi tumpuan utama ketika Arsenal berusaha untuk keluar dari kelompok pertengahan liga bermula aksi di Bournemouth pada Boxing Day.

Saya memberitahunya betapa saya menyukainya dan apa yang saya harapkan darinya,” kata Arteta.

Betapa pentingnya dia bersama pasukan. Saya berada di sini untuk membantunya, saya mahu dia berasa bahawa kita berada di belakangnya [menyokongnya].

Bukan hanya diri saya seorang tetapi seluruh kelab. Sekiranya kita boleh mendapatkan bantuan orang ramai dengan cara yang betul, para peminat bersama dengannya, saya fikir ia akan membantu pasukan, yang mana ia penting. ”

Aubameyang masih dikekalkan sebagai kapten pasukan.

Arteta mengesahkan Pierre-Emerick Aubameyang yang menggantikan Xhaka sebagai kapten pasukan, akan mengekalkan lilitan kapten itu pada perlawanan Boxing Day, namun beliau turut mengakui terbuka untuk melakukan perubahan.

Saya tidak mahu menukarkan semuanya secara drastik dalam dua hari,” katanya.

Saya mahu melakukan apa yang saya inginkan secara perlahan-lahan, saya ingin melihat apa yang sedang berlaku, dan pada masa yang sesuai saya akan membuat keputusan untuk kepentingan pasukan dan kelab.

Pada masa ini, saya tidak fikir ia adalah masa yang sesuai, dengan jumlah perlawanan yang masih banyak dan jumlah perkara yang perlu dilakukan, untuk mengubah terlalu banyak perkara. “

Paparan video untuk sesi latihan awal Arteta, di mana dia telah mengajar perkara asas yangn mudah, yang melibatkan hantaran dan kesedaran (kepekaan) terhadap ruang, dan itu mencerminkan matlamat utamanya adalah untuk bermain dengan gaya yang dikatakan menyerupai Guardiola, walaupun hasilnya tidak akan segera dicapai.

Itulah yang saya dibentuk dan dilahirkan, itulah yang saya faham dan apa yang saya percaya adalah cara terbaik untuk bermain,” katanya.

Tetapi konteksnya sangat penting, dan konteksnya sekarang, di sini, bukan Manchester City.

Ia sama sekali berbeza. Jadi saya tidak boleh menuntut pemain melakukan beberapa perkara kerana saya akan mendedahkan mereka dan itulah perkara terakhir yang saya mahu lakukan.

Saya ingin memberi mereka keyakinan, jaminan dan bimbingan.

Tetapi ianya secara perlahan-lahan…perlahan-lahan dan mudah-mudahan kita dapat mencapai apa yang saya mahukan.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Xhaka kecewa dan marah berhubung perpindahan. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners
  2. Arteta dan Arsenal dikatakan cuba memanipulasi Xhaka. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners