Arteta tidak terkejut dengan persembahan Ozil

Mesut Ozil cemerlang dibawah perlawanan pertama Arteta
Pengendali baharu Arsenal memuji persembahan yang dipamerkan perancang berbisa pasukan, Mesut Ozil.

Mesut Ozil kembali mempamerkan sentuhan kreatif terbaiknya ketika pertembungan dengan Bournemouth dua hari lalu.

Walaupun berkesudahan seri 1-1 dan hanya beraksi selama 75 minit, namun sumbangan beliau jelas ketara apabila melakukan lebih banyak hantaran berbisa pada perlawanan itu.

Ozil telah mencipta empat peluang daripada permainan terbuka yang merupakan paling banyak dilakukan daripada mana-mana pemain Arsenal yang lain setakat ini, untuk satu perlawanan liga pada musim ini.

Namun persembahan menarik dan hantaran berbisanya itu bagaimanapun gagal disudahkan ataupun disempurnakan oleh barisan serangan Arsenal, jika tidak sudah pasti nama beliau tercatat sebagai penyumbang dalam menghasilkan bantuan gol pada perlawanan tersebut.

Prestasi cemerlang Ozil itu bagaimanapun tidak mengejutkan pengendali baharu pasukan, Mikel Arteta.

Untuk lebih adil, sikap beliau dalam latihan sejak hari pertama saya menjejakkan kaki disini, begitu menakjubkan ,” kata Arteta.

Saya telah melihat ini. Saya telah mengatakan bahawa saya akan memberikan peluang semula kepada semua pemain, dan adil untuk memberikan peluang itu kepadanya.

Apabila kami melakukan persediaan perlawanan dan menilai pasukan lawan, di mana kami boleh mengecewakan mereka, kami percaya bahawa dia boleh menjadi kunci kejayaan.

Kami mempersiapkan diri untuk perlawanan ini dengannya. Dia memberikan respon baik, melakukan apa yang dia perlu lakukan, dan kami boleh menjaringkan dua atau tiga gol kerana dia.”

Arsenal akan menentang Chelsea esok di Stadium Emirates, jam 10 malam waktu Malaysia.

Sumber : Arsenal

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment