Connect with us

Arsenal

Arteta memerlukan sokongan yang betul.

Published

on

Arsene Wenger memberi amaran bahawa Mikel Arteta masih kurang pengalaman pengurusan.

Ini bermakna dia memerlukan bantuan yang betul andai mahu berjaya sebagai pengurus Arsenal nanti.

Arteta dijangka akan dinamakan sebagai pengurus tetap the Gunners, menggantikan Unai Emery, yang telah dipecat pada bulan lepas.

Pengendali sementara pasukan utama, Freddie Ljungberg juga kurang berjaya mendapatkan keputusan perlawanan yang lebih baik setakat ini.

Advertisement

Dia hanya menang sekali dalam lima perlawanan setakat ini, menang 3-1 lawan West Ham United di Stadium London.

Arteta telah bermain lima tahun terakhir dalam kariernya sebagai seorang pemain bolasepak di bawah pengurusan Wenger di Arsenal, dari tahun 2011 – 2016.

Selepas bersara, dia menyertai Pep Guardiola sebagai pembantunya di Manchester City, dan memainkan peranan penting dalam menjuarai Premier League dua musim berturut-turut (2017/18 dan 2018/19).

Mikel Arteta

Saya adalah seorang penyokong Arsenal,” kata Wenger.

Saya akan menyokong pengurus pada ketika ini, dan pengurus tersebut adalah Ljungberg.

Advertisement

Saya akan menyokong Arteta apabila dia menjadi pengurus kelab.

Dia seorang yang bijak, mempunyai semangat dan pengetahuan, begitu juga dengan Ljungberg.

Saya percaya Arteta akan mempunyai masa depan yang hebat.

“Sudah tentu banyak yang dia pelajari semasa menjadi pembantu pengurus.

Advertisement

Dia juga perlu berdepan hakikat bahawa dia tidak mempunyai pengalaman di tahap ini dan sudah pasti mahu disokong dengan bantuan yang betul.

Wenger juga menafikan idea bahawa pergelutan yang berlaku kini tidak dapat dielakkan selepas dirinya meninggalkan kelab, dan mempersoal beberapa keputusan yang dibuat oleh kelab sejak itu.

Wenger menamatkan kariernya sebagai pengurus Arsenal selama 22 tahun pada Mei 2018, dan selepas usaha pengambilan intensif dilakukan termasuk menemuramah Arteta pada masa yang sama, Unai Emery telah dilantik sebagai pengurus baru kelab tahun lepas.

Emery mengetuai kelab untuk menamatkan musim debutnya di tempat kelima – lebih baik satu tempat berbanding pencapaian Wenger di kempen terakhirnya – namun dia dipecat selepas the Gunners gagal menang dalam tujuh perlawanan berturut-turut musim ini.

Advertisement

Saya rasa tidak perlu untuk melakukan sebegitu,” kata Wenger.

Apabila saya meninggalkan kelab, ianya berada di dalam posisi kewangan yang kuat dan mereka telah membeli ramai pemain – namun mereka tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Saya rasa bukan persoalan masa. Perubahan boleh berlaku sangat pantas dan efisien.

Hanya perlu membuat keputusan yang betul. Itulah sepatutnya berlaku dalam bolasepak, ianya mengenai pemain yang bagus.

Advertisement

Kita bercakap mengenai kejayaan Liverpool, sudah tentu mereka mempunyai pengurus yang hebat, tetapi mereka membeli pemain yang betul sejak tiga, empat tahun kebelakangan ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply