Atlanta United tetapkan $ 25 juta untuk pemain sasaran Arsenal dan Man United.

Kelab tetap nilai dengan menuntut $ 25 juta bagi pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal dan Man United.

Sejak beberapa minggu lalu, kisah mengenai pemain ini begitu mendapat liputan dari Itali yang melaporkan minat Arsenal dan Manchester United terhadap Ezequiel Barco.

Kelab dari Liga Perdana Inggeris telah dinamakan sebagai saingan kepada kelab Serie A, seperti Inter Milan dan AS Roma, yang berminat untuk menandatangani pemain tersebut.

Harga ataupun nilai perpindahan beliau tidak pernah disebutkan dalam laporan sebelum ini, tetapi kini Calcio Mercato akhirnya membuat pembaharuan untuk perkembangan pemain itu.

Mereka mengatakan bahawa selepas membelanjakan AS 15 juta untuk menandatangani Barco, Atlanta United kini sedia memulakan rundingan dengan nilai sebanyak $ 25 juta dengan mana-mana pihak yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun ini.

Kali ini juga mereka mendakwa Arsenal dan Manchester United terus memantau pemain sayap itu disamping pemain yang beraksi dengan kelab Portugal, Sporting yang tidak didedahkan namanya.

Calcio Mercato menegaskan bahawa Barco tidak mempunyai pasport Eropah (EU), yang mungkin menjadi isu bagi pihak Itali yang akan (terpaksa) menggunakan pemain tersebut pada slot warga asing (import).

Dan perkara itu juga merupakan sesuatu yang harus dipertimbangkan oleh kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, berkaitan dengan permit kerja.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment