Bekas pemain Premier League dihukum kerana berkelakuan lucah di tempat awam

Neil Shipperley telah dihukum khidmat komuniti selama 12 bulan selepas berkelakuan lucah di tempat awam pada September lepas.

Bekas pemain Southampton, Cystal Palace, Chelsea dan Nottingham Forest ini telah mempamerkan kemaluannya dan melakukan aksi lucah di hadapan seorang wanita dan anak perempuannya berusia 16 tahun.

Dia melakukan aksi terlampau tersebut di dalam vannya di Hillingdon, timur London pada 17 September lalu.

Wanita tersebut langsung tidak menyukai perbuatan tidak senonoh tersebut dan telah membuat laporan mengenainya.

Neil Shipperley beraksi untuk Crystal Palace pada 1997/98 dan 2004/05

Menurut pihak pendakwa Shaan Sethi, kedua-dua beranak tersebut telah bertembung di hadapan van yang dipandu oleh Shipperley.

Dia membenarkan mereka untuk melintas jalan melepasi mereka, dan berterima kasih atas budi baiknya.

Namun, Shipperley ‘membalas’ dengan menurunkan tingkap, sambil melakukan aksi negatif tersebut sambil merenung ke arah mereka dengan niat yang tidak baik.

Dia telah mengaku dengan melakukan perbuatan tersebut boleh menimbul rasa tidak selesa kepada orang lain, dan telah menyesali perbuatannya.

Dia juga dikatakan sedang menjalani khidmat kaunseling kerana isu peribadi, termasuk kematian bapanya, hutang, dan masalah judi.

Dia telah diarahkan untuk melengkapkan tempoh 20 hari rehabilisasi oleh Mahkamah Magistreet Uxbridge.

Selain itu, dia juga harus melengkapkan 120 jam kerja tanpa bayaran dan membayar £90 bayaran mangsa, £85 kos dan £200 pampasan.

Shipperley telah membuat 149 penampilan PL dari 1992 – 2005, menjaringkan 27 gol dalam tempoh tersebut.

Be the first to comment