Bergantung kepada keputusan Torreira.

Lucas Torreira tetap menjadi sasaran Napoli

Pemain Arsenal menjadi ‘kegemaran’ kelab, mempunyai formula untuk perpindahan, terserah kepada Torreira untuk membuat keputusan.

Sepanjang beberapa minggu yang lalu, pelbagai laporan keluar dari Itali telah membincangkan kemungkinan Lucas Torreira untuk beralih ke Serie A pada bulan Januari.

Napoli telah dikreditkan dengan minat terhadap pemain tengah Arsenal dan wartawan Ciro Venerato memberitahu La Domenica Sportiva, pemain berusia 23 tahun itu berada di senarai teratas kelab Itali itu.

Kelab Itali itu masih mengekalkan minat mereka terhadap Torreira walaupun selepas menggantikan Carlo Ancelotti dengan Gennaro Gattuso.

Manakala di Emirates pula, The Gunners telah memecat Unai Emery dan melantik Mikel Arteta sebagai pengendali tetap baru mereka pada 20 Disember.

Ketika membincangkan rancangan kelab Naples untuk pasaran musim sejuk dengan CalcioNapoli24, Venerato sekali lagi mengulangi sasaran Napoli terhadap pemain Arsenal ‘tetap menjadi kegemaran’.

Dia mendakwa ia kini bergantung kepada Torreira untuk membuat keputusan walaupun Arteta telah ‘memberinya keyakinan’.

Napoli telah mengemukan dua formula berbeza untuk menandatangani Torreira.

Pertama, ianya merupakan perjanjian pinjaman 18 bulan dengan pilihan untuk membeli.

Kedua, perjanjian pinjaman sehingga akhir musim dengan pilihan (klasau) pembelian wajib.

Sekiranya mereka gagal menandatangani Torreira, Venerato mendakwa Napoli mengenalpasti pemain Brescia, Sandro Tonali sebagai alternatif.

Sandro Tonali menjadi pilihan alternatif sekiranya Napoli gagal mendapatkan Torreira.
About MyGooners 879 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Ketua Kelab Napoli berunding dengan Arsenal. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners