Brendan Rodgers akhiri spekulasi Arsenal, tandatangan kontrak lanjutan bersama Leicester City

Brendan Rodgers telah bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun setengah bersama Leicester City.

Pengurus Ireland Utara tersebut akan kekal di Stadium King Power sehingga 2025. Kenaikan gaji juga dijangka di dalam kontrak baru ini.

Dia telah melakukan kerja yang cemerlang sejak menjadi pengurus the Foxes, menggantikan Claude Puel pada Februari lalu.

Leicester berada di kedudukan ke-12 musim lepas sebelum perlantikan Rodgers, sudah tewas 13 dari 27 perlawanan liga.

Dan Rodgers berjaya meningkatkan prestasi pasukan untuk menamatkan liga pada kedudukan ke-9, mencatat lima kemenangan dari 10 perlawanan terakhir.

Dia melakukan tugasan yang lebih baik musim ini kerana Leicester kini menduduki tangga kedua liga, lapan mata ketinggalan di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Brendan Rodgers

Bekas pengurus Celtic dan Liverpool ini dikhabarkan sedang diperhati dan menjadi salah seorang calon pengurus baru Arsenal, setelah the Gunners memecat Unai Emery minggu lepas.

Walau dengan perkhabaran sebegitu, dia telah menyatakan komitmennya bersama the Foxes selepas menewaskan Everton 2-1 pada Ahad lepas, meskipun terdapat klausa perlepasan berjumlah £14 juta di dalam kontraknya.

Keputusan Rodgers ini diharap dapat mempengaruhi para pemain penting skuad Leicester. Pemain tengah Inggeris, James Maddison menjadi sasaran Manchester United, manakala Ben Chillwell pula dalam radar Chelsea.

Saya sangat gembira, jadi saya tidak perlu melihat ke tempat lain. Kalau difikirkan secara logik, kenapa saya mahu meninggalkan Leicester City pada saat seperti ini?” kata Rodgers pada awal minggu ini.

Saya ulang semula, saya sangat gembira di sini, dan mempunyai hubungan yang hebat bersama semua orang, dan saya mahu meneruskannya.

Pesanan saya sudah jelas. Saya sudah membuat pilihan untuk datang ke sini sembilan bulan yang lepas, dengan satu tujuan.

“Saya mahu membantu kelab ini mara lebih hadapan dari dimana saya datang, dengan kumpulan pemain yang saya rasa mempunyai potensi yang besar. Kenapa saya mahu berpindah?

Saya suka datang ke tempat kerja saya setiap hari, untuk bekerja dengan mereka di sini.

Dan apabila datang ke sini dengan rasa teruja dan mengetahui bahawa kami mempunyai potensi untuk berkembang lebih baik, ianya memberikan saya kebahagiaan.

Arsenal sememangnya memerlukan pengurus seperti dia yang boleh membantu pasukan yang sedang jatuh dari segi moral dan keyakinan pasukan, untuk bangkit semula pada baki musim yang ada, dan lebih baik pada musim seterusnya.

Dengan rata-rata pemain utama Arsenal kini sedang berdepan masalah keyakinan diri, mungkin badan pengarah Arsenal perlu bertindak lebih berani untuk mendapatkan seseorang pengurus yang bijak dalam pengurusan pemain untuk memperbaiki masalah kelab musim ini.

Tetapi, siapakah orangnya?

Be the first to comment