Carlo Ancelotti dipercayai telah berunding dengan Arsenal pada pertengahan bulan lalu.

Idea kembali ke Liga Inggeris membuatkan beliau terpesona.

Walaupun terdapat pelbagai andaian daripada media elit Inggeris, namun terdapat kepercayaan yang sahih dari Itali mengatakan Arsenal berminat terhadap Carlo Ancelotti.

Pun begitu, perbincangan lanjut mengenai perkara itu amat berlainan daripada sebuah akhbar dengan akhbar lain.

Kami bermula dengan Gazzetta dello Sport, yang melaporkan Ancelotti kini berada di Kanada, sedang berehat Vancouver dan ‘menunggu panggilan yang tepat’.

Ia dikatakan sebagai ‘hipotesis’, tetapi ‘belum ada hubungan dilakukan’, walaupun sudah dikatakan ‘pasti kembali’ ke Liga Perdana dengan dikaitkan kelab London.

Dan ianya adalah idea yang ‘mempersonakan’, pun begitu ianya masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

hipotesis: sesuatu pendapat yangg dianggap benar sebagai alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan.

Walau bagaimanapun, laporan Il Mattino, sebuah akhbar tempatan Naples, mengeluarkan cerita yang sangat berbeza.

Laporan dua media berbeza Itali.

Mereka melaporkan ‘ia bukan lagi rahsia bahawa Ancelotti telah bercakap dengan Arsenal secara tidak rasmi’.

Dan perkara itu dikatakan berlaku ketika rehat antarabangsa terakhir (pada pertengahan November) dimana pengurus itu telah pergi ke London.

Walaupun perjalanan pengurus itu ke London adalah bersifat peribadi, namun ‘ada banyak pihak yang bersedia untuk bersumpah bahawa ia adalah perbincangan dengan pihak pengurusan Arsenal’.

Satu perkara yang pasti, Ancelotti pasti mempunyai pengalaman untuk mengubah keadaan di Emirates, walaupun ia bukan pilihan jangka panjang.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Ancelotti tidak mahu tergesa-gesa. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners